Perdana Menteri melawat Tenang-Labis hari ini. Inilah lawatan pertama Najib sejak DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pertengahan Disember tahun lalu.
Najib dijangka tiba pada pukul 9.30 pagi di Padang Awam Chemplak dan akan terus ke Chemplak Barat.
Perdana Menteri akan berucap didepan kira-kira 1,000 penduduk Chemplak Barat pada kira-kira 9.45 pagi. Pada 10.45 pagi Pengerusi BN itu akan menghadiri satu program di Chemplak yang dijangka dihadiri 6,000 peneroka Felda dan rakyat awam.
Pada sebelah tengah hari Perdana Menteri akan melawat rumah arwah Datuk Sulaiman Taha sebelum menyertai makan bersila di rumah salah seorang peneroka bersama-sama penduduk tempatan.
Pada sebelah petang Najib dijangka menghadiri satu majlis bersama rakyat india di dewan Majlis daerah sebelum menutup lawatannya di SRJK Cina Labis bersama-sama masyarakat tionghua.
Perdana Menteri dijadual kembali ke Kuala Lumpur selepas itu.Sumber (ABM).

No comments:
Post a Comment