Pertemuan Najib-Nik Aziz yang dikatakan berlangsung sebelum hari natal lalu, pastinya membincangkan kebaikkan untuk negara ini. Pertemuan itu dianggarkan akan melakar sejarah untuk negara ini.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.Bagaimanapun, MB Kelantan itu enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup.
Sementara itu, setiausaha akhbar kepada menteri besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari pula menjangkakan penjelasan lanjut berhubung pertemuan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Setakat ini, Ahmad Fadhli berkata beliau belum mendapat sebarang arahan daripada menteri besar berhubung perkara itu.
Sejak minggu lalu, pertemuan itu menjadi perbincangan di kalangan penyokong parti Islam itu, sehingga tersebarnya desas-desus munculnya kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.
Ia bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz, Najib menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka depan pertemuan itu.
Dilaporkan, Siasah mendakwa perjumpaan "besar" pada 24 Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam pertemuan itu.
Setiausaha politik Abdul Hadi - Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar - bagaimanapun memberitahu tiada komen akan dikeluarkan oleh pihaknya kerana persoalan itu akan dijelaskan oleh Nik Aziz sendiri.

No comments:
Post a Comment