Wednesday, January 19, 2011

Pencalonan Cikgu Mala hanya kurangkan majoriti BN

Hadi Awang mengakui bahawa DUN Tenang adalah kubu kuat BN. Atas sebab itu PAS memilih wanita model Normala atau Cikgu Mala untuk membuat kejutan.

Harapan Hadi itu tidak mendapat persetujuan daripada Lim Kit Siang, kerana bagi Kit Siang, tidak mungkin Cikgu Mala buat kejutan. Apa yang Kit Siang boleh harapkan adalah mengurangkan majoriti BN.

Tetapi di lain pihak, Pakatan beranggapan bahawa PRK Tenang adalah kayu pengukur keupayaan mereka merampas Putrajaya melalui PRU-13. Jika Cikgu Mala mampu mengurangkan majoriti BN, kononnya gabungan tiga parti DAP-PAS-PKR ada harapan untuk merampas Putrajaya.

Kit Siang telah tahu dari awal-awal lagi bahawa penyertaan Pas melalui PRK ini hanya membuang masa dan kewangan parti itu, kerana sebenarnya PRK Tenang itu melihat sejauh mana kaum cina membuat pilihan. Jika Cikgu Mala mendapat undi lebih daripada kaum cina, ini bermakna DAP lebih unggul dibanding PAS. Sementara itu DAP akan beranggapan bahawa parti itu lebih mendapat sokongan dibanding parti cina dalam BN.

Ada yang mengatakan bahawa PRK Tenang adalah pertembungan dua Chua (Chua Jui Meng dan Chua Soi Lek). Sebenarnya PRK Tenang adalah untuk menguji sejauh mana penerimaan rakyat terhadap perubahan kepimpinan Negara. Pengundi Batu Sapi-Sabah, Galas-Kelantan serta Bagan Pinang dan Ulu Selangor telah membuktikan bahawa rakyat kembali menyokong BN kerana kepimpinan Najib dan Muhiyiddin serta pemimpin 12 parti komponen BN telah berubah sesuai dengan kehendak rakyat majoriti.

Malangnya, pengorbanan Cikgu Mala melepaskan jawatan sebagai seorang pendidik, dimana kerajaan telah memberinya peluang mengikuti kursus perguruan untuk mendidik anak bangsa, hanya semata-mata digunakan untuk mengurangkan undi BN. Malang sungguh nasib mu Cikgu Mala!.

No comments:

Blog Archive