Dilema kepada rakyat beragama islam di negara ini. Kalau lah semua permis menjual arak dilarang mengambil pekerja islam, maka ada dua perkara timbul. Peluang pekerjaan bagi rakyat beragama islam berkurangan atau jika permis itu tetap memperkerjakan orang islam maka permit atau lesen akan dibatal.
Agama islam adalah agama murni. Undang-undang yang dicipta manusia spertimana Enakmen Jenayah Syariah perlu melihat semua sudut-apatah lagi pelaksanaannya di negara ini yang dihuni yang berbilang bangsa dan agama.
Kajian yang mendalam, peruntukan masa yang cukup perlu diberikan, sebelum undang-undang seperti itu dilaksanakan.
Janganlah kerana keuntungan politik-maka kita membabi buta mengutuk-apabila ada orang politik memberi komen mengenai arahan tersebut.
Jangan persempit minda kita- takkan agama islam terus terhina-apabila ada ahli politik yang bukan beragama islam- dimana kebetulan individu itu bertanggungjawab kerana termasuk dalam tugasnya mengatakan bahawa peraturan yang diperkenal oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) perlu ditangguhkan pelaksanaanya-kerana peraturan itu membawa impak yang besar baik kepada permis perniagaan dan juga perkerja.
Alasan Menteri di jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir yang mengatakan bahawa penangguhan pelaksanaan Peraturan MPPSJ sebenarnya menggalakkan moral umat islam akan rosak-perlu diteliti dengan mendalam.
Akidah umat islam bukan hanya tergantung kepada di mana dia bekerja-akidah umat islam adalah tertakluk kepada pemahaman individu tersebut terhadap agama.
Melihat orang minum arak, melihat orang bercumbu-cumbuan apakah akan merosakkan moral? Kerosakan moral bukan tertakluk kepada LARANGAN UNDANG-UNDANG ATAU PERATURAN- kerosakan moral disebabkan PENGETAHUAN AGAMA YANG CETEK.
AYT setuju bahawa apa-apa yang menysngkut agama islam-seeloknya orang bukan islam jangan ikut campur. Ini lah dilema politik negara ini. Apabila orang islam menyentuh judi-arak, maka masih dianggap taboo, demkian juga bukan islam menyentuh tentang perkara-perkara yang ada kaitan dengan islam masih dianggap taboo.
Kita perlu membuka minda- Tanggungjawab terhadap kerja dan tanggungjawab terhadap agama perlu mampu kita pisahkan.
Nampaknya jika enakmen syariah dilaksanakan dinegara ini- maka polarisasi kaum akan bertambah. Tiada yang boleh menafikan-bahawa interaksi antara kaum banyak berlaku semasa di tempat kerja.
Nampaknya kerajaan perlu memikirkan di masa depan-bahawa peratusan permis-permis perniagaan yang dibenarkan menyediakan arak dan haram bagi umat islam perlu dihadkan dan ditempatkan di lokasi miinoriti bukan islam.

No comments:
Post a Comment