Isu azan di Masjid Al-Ikhlasiah Kg Kerinchi Kuala Lumpur yang di sensasikan ekoran dakwaan imam masjid itu kononnya beliau mendapat arahan dari pihak atasan (dalam hal ini JAWI dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir) perlu disiasat dengan rapi.
Pihak JAWI semalam telah mengeluarkan kenyataan melalui pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali bahawa JAWI tidak tahu menahu soal surat seorang peguam yang kononnya seorang ahli MCA seumur hidup yang katanya menulis surat kepada Perdana Menteri meminta memperlahan suara azan di sebuah masjid yang berada berdekatan dengan apartmen Pantai Hill.
MCA juga menafikan mengetahui bahawa salah seorang ahlinya menulis surat memprotes suara azan di Masjid Al-Ikhlasiah Kg Kerinci. Setiausaha Agung MCA Datuk Kong Cho Ha menafikan parti itu mengetahui mengenai surat kontroversi tersebut.
Ekoran kenyataan Imam Masjid tersebut- Mahadi Abdullah - semalam kira 100 orang umat islam membuat bantahan di depan masjid tersebut sambil membakar mayat boneka peguam yang terbabit. Kumpulan umat islam itu juga meminta agar peguam tersebut ditahan di bawah ISA.
Tahun 2008-isu azan menjadi panas ekoran desakan exco kerajaan Selangor Teresa Kok agar alat pembesar suara jangan digunakan semasa masuk waktu solat umat islam. Ekoran kejadian itu- Teresa Kok ditahan dibawah ISA.
AYT merasakan punca kepada kemelut azan ini adalah berpaksi daripada kenyataan Imam Masjid tersebut yang mungkin kenyataan tersebut adalah pendapat dan tindakan persendirian beliau.

No comments:
Post a Comment