Wednesday, January 26, 2011

Dakwaan GFI ada Muslihat: Mukhriz

Kerajaan tidak akan menyiasat dakwaan oleh sebuah pertubuhan antarabangsa yang menyenaraikan Malaysia sebagai antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dalam dekad lalu.

Timbalan Menteri, Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak melihat relevannya perangkaan yang dipetik dalam laporan berkenaan.

Laporan pemerhati kewangan Global Financial Integrity (GFI) menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.

"Kami tidak lihat perlunya menyiasat perkara itu. Jika anda baca laporan itu, mereka membuat beberapa dakwaan pelik ke atas beberapa negara,” katanya pada sidang media selepas pelancaran pejabat baru Google Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

"Berdasarkan perangkaan Bank Negara, kita tahu berapa jumlah aliran sebenarnya, jadi sukar mempertimbangkan angka (dari GFI) sebagai fakta.”

No comments:

Blog Archive