Apapun yang Nik Aziz katakan mengenai pertemuan Najib-Nik Aziz di Istana Terenggau pada 24 Disember lalu, yang jelas dan pasti Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta Karpal Singh tidak akan mudah melupakannya.
Bibit-bibit kecurigaan telah timbul bahawa satu ketika- Pas pasti akan berpaling tadah.
Perjumpaan pemimpin PKR dan Pas di stadium Melawati Shah Alam Ahad lalu, diisi dengan solat hajat-kononnya untuk menyelamatkan Negara daripada kerosakan BN dan seterusnya diganti oleh Pakatan selepas PRU-13.
Pada pertemuan itu juga pemimpin tertinggi PAS berikrar akan tetap setia bersama Pakatan Rakyat dan menolak khabar angin bahawa parti itu akan bekerjasama dengan Umno.
Jaminan ini dinyatakan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila mengulas isu perjumpaan pemimpin PAS dan Umno atas undangan Yang di-Pertuan Agong pada 24 Disember 2010.
Hadi berkata demikian ketika berpidato pada majilis solat hajat perdana di Stadium Melawati, Shah Alam, semalam. Majlis itu diadakan bagi memohon Allah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang hebat diserang terutama dalam isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor.
"Majlis ini dianjurkan oleh pimpinan PAS untuk menyatakan kita akan bersama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam sebarang cabaran dan penentangan BN.
“Kepada siapa sahaja rakan kita yang disentuh samada PAS, PKR dan DAP, kita akan bersama dalam hadapi segala cabaran. Pakatan Rakyat makin hari makin kuat. Ini kenyataan terbuka yang kita nyatakan secara praktikal pada malam ini," katanya.
Majlis anjuran PAS ini mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 12 ribu hadirin membanjiri kawasan stadium menyertai acara solat hajat dan memberi sokongan terhadap kerajaan negeri Selangor.
Sementara itu, pada sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata kontroversi pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu 24 Disember lalu sudah selesai.
Katanya, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis santapan anjuran Yang di-Pertuan Agong.
Sebelum ini, Nik Aziz juga menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.“Tak ada dah, tutup 'book' (buku) dah,” katanya.
Namun hingga kini pernyataan para pemimpin DAP terutama penasihatnya Lim Kit Siang bapa kepada Ketua menteri Pulau Pinang-Lim Guan Eng masih masih membisu seribu bahasa.

No comments:
Post a Comment