Hayat Anwar diperpanjang lagi. Di samping hakim yang mendengar kes itu menolak permohonan Anwar agar menarik dirinya daripada mendengar kes itu, Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah juga telah menangguhkan kes itu tahun depan , tepatnya pada 21 Januari 2011.
Anwar masih dihantui kes sodomy II yang melibatkan bekas pembantu pribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.
Sodomy II berlaku antara Anwar dan Saiful. Tidak ada kait mengait dengan sesiapa. Perbuatan mereka itu adalah perbuatan mereka sendiri.
Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008 kerana tidak tahan lagi diliwat.
Di kalangan Anwar, kononnya sodomy II adalah perbuatan konspirasi. Tujuan Anwar dan puak-puaknya mendakwa bahawa sodomy II untuk menamatkan karer politiknya hanya persepsi mereka, kerana perbuatan seperti sodomy merupakan perbuatan diluar tabii manusia, yang sukar dikompromi.
Tiada manusia yang waras mahu menjadi mangsa demi tujuan konspirasi.
Peliknya, mangsa sodomy Anwar adalah orangnya sendiri. Pelik dikatakan bahawa orang Anwar berkonspirasi menjatuhkannya.
Anwar kini tengah mencari-cari isu untuk diputar belit, akibat merundumnya nama parti PKR yang dipimpin Anwar akibat pemilihan parti itu bar0baru ini.
Untuk memesongkan perhatian rakyat daripada imej negatif parti itu, maka Anwar melalui orang-orang kanannya seperti Khalid Ibrahim melakukan kerja gila melalui demonstrasi di Ibu Kota semalam, kononnya ingin menghantar memorendum kepada SPB Agong, memprotes kenaikan tarif air Selangor.
Seamalam juga diadakan Konvensyen ke-2 BN di Wisma MCA-Jalan Ampang. Tujuan sebenar demonstarsi yang bergelar "Baju Merah" meniru baju yang dipakai penyokong bekas PM Thailang yang digulingkan hanya "downplay" liputan Konvensyen BN itu. Namun, tindakan baju merah pimpinan Khalid Ibrahim itu telah gagal.
Ramai yang mengutuk perbuatan tujuk perasaan itu, kerana perbuatan itu merugikan rakyat terutama para peniaga di sekitar ibu Kota-Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment