Monday, December 20, 2010

Program 100 hari Pakatan jika berjaya rampas Putrajaya: Hanya dongeng

Janji Pakatan jika berjaya merampas Putrajaya antara lain:-

1.Mereformasikan institusi penting negara seperti SPRM,PDRM dan Pejabat Peguam negara;

2.Memansuhkan ISA;

3.Mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, KWSP dan badan milik kerajaan yang memiliki konsensi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaab dengan tujuan menghapuskan tol;

4.Mengiktiriaf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan kepada mereka;

5.Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

6.Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar;

7.Membatalkan Felda Plantations bagi membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA;

8.Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus dan

9.Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut PATI di Sabah.

Dengan melihat kepada janji-janji Pakatan itu, AYT melihatnya sebagai usaha terdesak. Adalah mudah menabur janji, namun pelaksanaannya terlalu sukar. Jika janji-janji Pakatan ini benar-benar ditunaikan, maka malapetaka akan melanda negara ini.

Misalnya perkara 3, jika ini yang akan dilakukan oleh mereka, maka "out cry" rakyat yang tidak menikamti kemudahan tol akan tercetus. Nampaknya, janji Pakatan ini adalah petanda kejatuhan mereka, kerana semua janji yang mereka akan laksanakan akan memusnah sistem pengrusan negara ini. AYT melihatnya, usaha Pakatan itu, hanya seperi KERA mendapat bunga.

No comments:

Blog Archive