Thursday, December 23, 2010

Logo 1Malaysiapun Pakatan dah kecut

Petanda slogan 1Malaysia Datuk Seri Najib Razak digeruni Pakatan apabila kerajaan Selangor di bawah Pakatan melarang penggunaan logo 1 Malaysia di Selangor.

Namun larangan itu sebenarnya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Larangan itu adalah tidak sah dan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mungkin tidak memahami dan menyedari peruntukan yang terdapat di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kenduri Rakyat di Kampung Air di Sandakan Sabah hari ini.

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menguatkuasakan larangan penggunaan logo 1 Malaysia di papan iklan dan kain rentang yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor dan dipersetujuai pada mesyuarat Exco.

Rais berkata beliau mempertikaikan keputusan larangan itu kerana penggunaan lambang parti politik masih dibenarkan di negeri tersebut sedangkan lambang 1Malaysia bukan lambang parti politik.

Katanya kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor itu membuat keputusan tersebut kerana terasa terhimpit dan tidak mahu konsep 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diterima rakyat secara berleluasa di seluruh negara termasuk di negeri itu.

Beliau percaya rakyat khususnya di Selangor boleh membuat penilaian kepada keputusan itu dan Menteri Besar Selangor itu dan akan kecewa jika meneruskan larangan tersebut.

Rais berkata lambang 1 Malaysia tidak perlu dikhuatirkan oleh parti pembangkang kerana ia membawa kepada prinsip kenegaraan, penerimaan dan keadilan sosial kepada rakyat di negara ini serta mewujudkan perpaduan

No comments:

Blog Archive