Kerja gila!! Kenapa BN perlu rampas kuasa? Siapa yang kata BN akan kalah pada PRU-13 akan datang? Jangan lah membuat persepsi, bahawa disebabkan BN kehilangan majoriti 2/3 pada Pru-12 lalu, maka petanda BN akan kalah pada pilihan raya berikutnya.
Jangan membuat andaian kepada rakyat yang memilih calon pembangkang pada PRU-12 lalu, kerana protes kepada kepimpinan BN masa itu, maka akan terus mengundi pembangkang.
Rakyat kini telah bijak! BN yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Razak telah mendengar denyut jantung rakyat. Atas prinsip itu, maka PM itu menterjemahkan kehendak rakyat itu melalui konsep 1Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan.
Jangan pandang remeh simpatisan BN. AYT yakin rakyat majoriti masih berdiri teguh di belakang BN.
Rakyat melayu dan bumiputra khasnya tidak mahu kehilangan hak-haknya seperti mana yang diperjuangkan oleh pembangkang khasnya kepimpinan PKR.
Masih ramai kaum melayu dan bumiputera yang perlu dibela oleh BN. Kaum majoriti ini nampak, jika Pakatan menguasai kerajaan, alamatnya kaum majoriti ini akan kelaparan di negara sendiri.
Dalam perkembangan yang sama, yakni mengeni isu yang ditimbulkan oleh PAS, bahawa BN akan merampas kuasa selepas PRU-13,Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan beberapa pemimpin Pas yang meramalkan Barisan Nasional (BN) merancang rampasan kuasa jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai berniat jahat, fitnah dan pembohongan.
Beliau berkata, kenyataan seperti itu berupa satu lagi contoh betapa Pas akan sentiasa mencari peluang untuk menimbulkan fitnah bagi memburukkan kerajaan BN.
"Ini niat jahat, sangka buruk untuk takutkan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Kilang Panel Solar Twin Creeks Malaysia Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Khantan di sini hari ini.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar semalam membayangkan kemungkinan berlakunya rampasan kuasa itu, ekoran amaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya rakyat tidak memilih parti selain BN.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, keputusan pilihan raya umum lepas telah membuktikan BN menghormati proses demokrasi dan menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat.
Beliau berkata, BN kalah di beberapa negeri dan boleh menerimanya sebagai keputusan yang dibuat melalui proses demokrasi dan pilihan rakyat.
"Lihat apa yang berlaku selepas kita kalah (beberapa negeri)...kita faham keputusan yang telah dibuat. Tidak timbul soal rampasan kuasa,” katanya.
Beliau berkata, pembangkang akan sentiasa berusaha mencari peluang memburukkan kerajaan dan menunjukkan kerajaan BN sebagai tidak baik tetapi yang penting adalah rakyat memahaminya.
Mengenai kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali bahawa pakatan PKR-Pas-DAP akan memberi autonomi sepenuhnya kepada Sarawak jika diberi mandat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada PRU-13, Muhyiddin berkata ia hanya satu tipu -helah pembangkang.
"Mereka akan membuat pelbagai tawaran... ini tipu helah mereka. Akan guna apa cara untuk dapat kejayaan,” katanya.
Beliau berkata rakyat Sarawak tahu jasa dan sumbangan BN membangunkan negeri itu dan sejak sekian lama, hak-hak yang dinikmati adalah berdasarkan pada perlembagaan dan undang-undang negeri dan persekutuan.

No comments:
Post a Comment