KOTA BHARU - Kelantan terus mencatatkan peningkatan kadar kemiskinan dan ibu tunggal pada setiap tahun berikutan meningkatnya jumlah penduduk serta kos sara hidup yang semakin tinggi.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mohamed Noor Chik berkata, pada tahun ini jabatan merekodkan sebanyak 30,751 penerima bantuan berbanding 26,099 penerima tahun lepas, menjadikan Kelantan negeri kedua tertinggi mencatatkan bilangan penerima.
"Faktor utama peningkatan kadar kemiskinan kerana kenaikan harga petroleum hingga menyebabkan harga barang naik sekali gus meningkatkan perbelanjaan sara hidup keluarga," katanya.
Mohamed Noor berkata, disebabkan peningkatan jumlah penerima bantuan itu, kerajaan membelanjakan RM70 juta sepanjang tahun ini dengan purata kira-kira RM6.5 juta pada setiap bulan.
"Perbelanjaan itu meningkat sebanyak RM55 juta berbanding tahun lalu," katanya.
Jumlah terbesar penerima bantuan terdiri daripada ibu tunggal iaitu hampir 10,000 orang manakala bakinya adalah golongan miskin serta kurang upaya.
Pendapatan isi rumah di bawah paras kemiskinan kini ditetapkan sebanyak RM720 sebulan. - Bernama

No comments:
Post a Comment