Saturday, December 25, 2010

Apabila Muhiyiddin cabar pembangkang: Ini jawapan Nik Aziz

1. Apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin semalam yang mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.

2. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat pada konvensyen mereka Ahad lepas hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.

3.Malah, Timbalan Perdana Menteri juga menolak dakwaan Anwar bahawa beliau memperlekehkan peranan guru apabila mempertikaikan tawaran pembangkang untuk memperkenalkan imbuhan khas RM500 seorang setiap bulan.

4. Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) menunggu sehingga pakatan pembangkang menerajui negara untuk melaksanakan resolusi itu.

Resolusi itu mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

5. Berasaskan kepada jawapan Nik Aziz itu, sebenarnya pembangkang hanya membuat janji, kerana jika benar-benar mereka ingin membela rakyat sepertimana rancangan 100 hari mereka, sepertimana dikemukakan oleh oleh Lim Guan Eng, kenapa perlu menunggu keputusan PRU-13? Bukan kah Pakatan memerintah Selangor, pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Laksanakan dahulu di negeri-negeri itu, semua yang disebutkan dalam rancangan 100 hari Pakatan itu.

6. Nik Aziz lupa, bahawa perjuangan ketelusan Pakatan hanya omong kosong, buktinya pada pemilihan MPP PKR baru-baru, selama proses itu telah terbongkar gejala penipuan dan penyelewengan.

7. Pakatan hanya seperti KETAM MENYURUH ANAKNYA BERJALAN LURUS, SEDANGKAN DIRINYA TIDAK MAMPU MELAKUKANNYA.

No comments:

Blog Archive