SUDAH tentu pakatan 3 parti pembangkang PAS-DAP-PKR akan membimbancangkan penggantungan Anwar, Azmin, Sivarasa dan Karpal Singh daripada Dewan Rakyat selama 6 bulan yang bermula pada 16 Disember lalu-sesi akhir penggal Parlimen untuk tahun ini.
Di kalangan pemimpin Pakatan, ramai yang mengatakan bahawa penggantungan 4 pemimpin Pakatan itu akan membawa imej positif kepada gabungan 3 parti itu.
Benarlah, imej pembangkang akan positif kalau membuat onar yang bercanggah dengan kehendak majoriti dan peraturan.
Kononnya kalau tidak terdapat penggantungan wakil rakyat pembangkang di dewan rakyat, maka imej mereka semakin merundum. Atas sebab itu, menurut tafsiran mereka, maka perlu lah membuat kecoh, agar supaya kekecohan itu menjadi isu dan seterusnya imej mereka kononnya akan bertambah baik di mata rakyat.
Dengan membaca penjelasan wakil rakyat Kota Belud-Datuk Rahman Dahlan (dalam AYT semalam), terlihat bagaimana Pembangkang memutar belit dan memanipulasi keadaan sebelum Anwar dan 3 wakil rakyat Pakatan digantung.
Mengikuti penjelasan itu, sebenarnya sejak April 2010, di mana ruang dan peluang telahpun diberikan kepada Anwar untuk membela diri dengan dakwaannya bahawa 1Malaysia berasal daripada OneIsreal, namun semua masa dan peluang tidak digunakan oleh Anwar, malah Anwar tidak berminat langsung dengan peluang yang telah diberikan. Berasaskan ini, maka dari awal-awal lagi memang Anwar membuat perancangan agar SATU kekecohan perlu dibuat, untuk menaikkan imej dan memontum mereka.
Anwar tahu sokongan rakyat kepada gabungan 3 parti mereka sejak akhir-akhir ini merundum, apabila melalui pilihanraya kecil akhir-akhir ini, mereka kalah 3 kali dan hanya menang di Sibu Sarawak.
Anwar sedar bahawa kemuncak sokongan rakyat pada PRU-12 lalu dan 8 PRK selepas sahaja PRU itu telah mula merundum. Anwar tahu, akibat pemilihan MPP PKR baru-baru, telah membongkar kelemahan-kelemahan Anwar, terutama apabila Zaid Ibrahim-Penyelaras PKR Wilayah Persekutuan keluar parti dan sekaligus menarik diri daripada pertandingan Timbalan Presiden kerana dia mendakwa terdapatnya penipuan dan penyelewengan dalam proses pemilihan itu.
Anwar juga tahu, dia perlu mencipta ISU BARU bagi mengabui mata rakyat agar terlupa Kes utama yang dihadapinya di mahkamah-yakni kes meliwat pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 lalu.
Anwar juga tahu, bahawa pendedahan pihak perisikan Australia melalui pendedahan WIKILEAKS, yang melaporkan bahawa kes yang dihadapi Anwar di mahkamah kini adalah benar dia lakukan.
Anwar lupa, tidak semua ISU yang disandiwarakan akan ditonton oleh rakyat yang masih dapat membezakan mana kaca dan mana pasir apatah lagi menerimanya.
Yang menyokong Anwar adalah penyokongnya sendiri, kerana mereka ini telah dibutakan daripada menerima kebenaran. Apabila seseorang telah buta dan tuli, maka apapun usaha kebaikan dan kebenaran tidak mungkin dapat dicerna lagi.
Rakyat perlu menilai dengan pikiran yang tenang bagaimana Speaker dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia diheret dalam perancangan Anwar di dewan rakyat. Semua kita tahu, speaker tiada hak pun berbahas apatah lagi mengundi. Yang berbahas adalah wakil-wakil rakyat.
Speaker telah memberikan ruang dan peluang kepada pihak pembangkang berbahas, namun mereka tiada minat memperjelaskan masalah sebenar, akan tetapi, setiap peluang selalu dialihkan kepada isu-isu yang tiada kaitan dengan perkara pokok yang dibahaskan.
Benarlah kata speaker, bahawa Pembangkang tiada minat membahas isu penggantungan Anwar, kerana itu speaker membenar undi untuk menggantung Anwar dan 3 gangnya."

No comments:
Post a Comment