Monday, December 20, 2010

Agihan notebook 1Malaysia tidak sampai ke kumpulan sasar!

Apa Yang Tersirat tertarik dengan kenyataan Timbalan Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan yang mengatakan sehingga kini belum menerima sebarang aduan rasmi mengenai penyelewengan pengagihan notebook 1Malaysia.

Apa yang AYT ketahui,pengagihan notebook 1Malaysia itu sebenarnya tidak mencapai kepada kumpulan sasar, kerana kaedah pengagihan berasaskan SIAPA KENAL DAPAT ATAU ANTARA KITA KITA SAHAJA. Malah dalam satu keluarga, ada yang dapat lebih daripada satu, melalui projek 1B kerajaan itu.

AYT berharap pemantauan pihak kementerian akan menemukan SALAH LAKU INI AGAR SUPAYA, matalamat kerajaan benar-benar sampai ke kumpulan sasar dan untuk memastikan tidak berlaku penyelewengan agar manfaat daripada inisiatif pengagihan notebook 1Malaysia itu dapat dinikmati oleh kumpulan sasar.

Salang berkata, pelaksanaan pengagihan notebook 1Malaysia dipantau oleh pejabat-pejabat wilayah SKMM di seluruh negara di mana maklum balas diperolehi daripada pelajar-pelajar sekolah yang telah menerima notebook serta pihak berkepentingan di negeri-negeri termasuk guru sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan ketua kampung berkenaan bagi menilai keberkesanan kaedah yang dijalankan.

Beliau berkata, sejumlah RM1 bilion telah diperuntukkan untuk pelaksanaan projek notebook 1Malaysia, yang melibatkan pengagihan sebanyak satu juta unit notebook berserta langganan pakej jalur lebar kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 dan juga kepada golongan berpendapatan rendah. –

No comments:

Blog Archive