Thursday, November 18, 2010

Kuasa ke-3 akan menghantui Pakatan Rakyat

PRU-13 akan datang kita akan menyaksikan bahawa bukan sahaja pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat, tetapi kuasa ke-3 atau Third Force turut sama bertanding.Selain itu, di Sabah- Parti SAPP akan turun sama turun gelanggang mencuba nasib dan memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan.

Kuasa ke-3 yang terdiri daripada mantan-mantan pemimpin PKR, merupakan pesaing utama bagi kawasan-kawasan PKR termasuk Pematang Pauh dimana pada masa ini diwakili oleh Anwar Ibrahim.

Untuk catitan Pakatan Rakyat khasnya PKR telah kehilangan lima Ahli Parlimen sejak Mac 2008 iaitu Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) yang meninggalkan PKR atas alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Inisiatif kumpulan terbabit yang dikenali sebagai “Third Force” juga dilihat kemungkinan membawa kepada pertarungan tiga penjuru membabitkan 30 daripada 222 kerusi Parlimen.

Perkara itu dikongsi di sebalik spekulasi semakin kuat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun kumpulan itu menjelaskan, mereka tiada kaitan dengan Datuk Zaid Ibrahim, yang baru-baru ini mengumumkan menarik diri daripada saingan jawatan timbalan presiden dan keluar PKR baru-baru ini.

Dalam pilihan raya umum 2008, lebih 90 peratus kerusi persekutuan menyaksikan persaingan satu lawan satu antara komponen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Penyelaras kumpulan itu, Haris Ibrahim bagaimanapun berkata, matlamat pihaknya menawarkan barisan calon terbaik, yang tidak akan mengubah kesetiaan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan.

“Kami berharap untuk mencapai konsensus pada pertengahan Januari dengan parti-parti bukan BN,” kata Haris lagi.

Beliau menambah, calon-calon mereka hanya akan bertanding sebagai calon Bebas sekiranya Pakatan Rakyat tidak boleh menawarkan calon terbaik.

“Proses politik bukan milik parti politik sahaja,” kata Haris menjawab soalan berkaitan dengan pertarungan satu lawan satu antara BN dan Pakatan Rakyat.

Kata beliau, kumpulannya hanya mahu menawarkan sistem pemilihan calon terbaik kepada parti-parti pembangkang.

Sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat melihat tindakan untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum akan datang sebagai “Third Force” hanya akan memanfaatkan BN dan mengurangkan bahagian undi Pakatan Rakyat.

“Sistem semasa menggalakkan politik naungan. Jika anda ketua bahagian, anda akan dipilih sebagai calon,” kata Haris.

“Anda lihat pada tiga parti ini dan tengok pada pemimpin negeri dan nasional, adakah anda boleh menemui 222 nama yang anda (sebenarnya) boleh bergantung?” katanya.

Haris juga menekankan bahawa Zaid tiada kaitan dengan inisiatif mereka.

“Yang ini, tiada kaitan dengan Zaid,” kata Haris yang dilihat menyokong langkah yang membawa kepada keputusan Zaid menarik diri daripada saingan timbalan presiden minggu lalu.

Zaid memutuskan untuk menarik diri atas alasan proses pemilihan pusat diselubungi dengan kepincangan dan kecacatan. Perkara itu turut dibangkitkan oleh Haris menerusi blognya.

Haris memberitahu, kumpulannya telah mengenal pasti seramai 16 calon setakat ini, yang bersedia untuk menawarkan diri berrtanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Katanya, calon-calon berpotensi akan melalui proses pemilihan ketat bagi mengelakkan kes-kes melompat parti selepas pilihan raya.

“Kami mahukan mereka yang ada integriti. Mereka yang tiada beban kewangan teruk dan tabiat berjudi,” kata Haris.

Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) pula dipecat ekoran isu berkaitan dengan kalimah Allah dan pendirian kepimpinan PKR.

PKR juga kehilangan beberapa Adun di Selangor, Kedah dan Perak.

No comments:

Blog Archive