Kenyataan Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Razak sewaktu menyimpulkan ucapan perasmian beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO kelmarin yang mana beliau telah menggesa semua anggota UMNO supaya tetap mempertahankan Putrajaya “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”.didakwa oleh pihak pembangkang sebagai anti demokrasi.
Pembangkang menganggap kenyataan beliau tersebut jelas mengundang persepsi negatif di kalangan rakyat kerana ianya seakan-akan menunjukkan bahawa anggota UMNO sanggup melakukan apa saja sehingga ke tahap mengganas dan menumpahkan darah hanya kerana mahu kekal berkuasa.
Pembangkang juga menyifatkan kenyataan Dato’ Sri Najib itu juga adalah bertentangan dengan semangat Demokrasi Berparlimen yang mendasari sistem pemerintahan negara sejak Merdeka hingga kini.
Bagi AYT inilah masalah yang sangat ketara yang ada pada pembangkang. Mereka tidak dapat membezakan antara tiupan semangat Najib kepada semua ahli UMNO agar supaya berkerja keras mempertahankan kerajaan Umno yang telah menjadi nadi kerjaan sejak merdeka.
Tiupan semangat itu untuk membangkitkan kesedaran kepada semua peringkat ahli Umno agar supaya bertungkus lumus untuk mempertahankan mandat yang diberikan rakyat sejak 53 tahun lalu.
Salah kah sebagai persiden sebuah parti terbesar meniupkan semangat itu? Anti demokrasikah itu? Cuba lah pilih antara Gerakan 16 September 2008 Anwar, mana satu yang demokrasi? menaikkan semangat atau cara menumbangkan kerajaan secara pintu belakang?.
Pembangkang memang mahir dalam memutarbelitkan kata-kata. Pembangkang juga memutar belitkan kenyataan Najib, yang berbunyi hak melayu "telah terkunci" dalam perlembagaan yang bermakna menurut pembangkang, kaum melayu tidak memperlukan Umno lagi.
Kalau lah demikian persepsi pembangkang, maka pembangkang lah yang bersifat anti demokrasi, kerana sejak penggabungan 3 parti DAP-PAS-PKR mereka telah mealung-laungkan mahu menawan dan merampas Putrajaya.
Pembangkang telah cuba merampas kuasa sebaik sahaja keputusan PRU-12 pada tahun 2008. Anwar telah menggerakan Gerakan 16 September, untuk menjatuhkan kerajaan BN. Gerakan ini serupa dengan G30SPKI tahun 1965 di Indonesia, di mana pada malam 30 September itu ramai para jeneral dibunuh dan dimasukkan dalam lubang buaya di lapangan terbang Halim Perdana Kusumah, Jakarta. G30SPKI adalah gerakkan rampasan kuasa untuk mengambil alih kerajaan Indonesia pada 1 Oktober 1965, bersamaan dengan hari kemerdekaan Republik Rakyat Cina (RRC). Demikian juga Gerakan 16 September Anwar, ianya bersamaan dengan hari lahir Lee Kuan You menteri mentor Singapura.
Kepada kempinan Pembangkang, janganlah bermain persepsi dan memutar belitkan isu. Bagi pihak BN pengadil utama adalah rakyat. Jika sekiranya ditakdirkan bahawa Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat Malaysia untuk menerajui Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum akan datang, maka UMNO-Barisan Nasional akan menerima keputusan tersebut secara matang dan rasional atas semangat demokrasi dan keluhuran Perlembagaan. Ini kerana hanya rakyat yang berhak menentukan parti mana yang harus diberikan mandat untuk memimpin negara ini.Namun, bagi Bn-UMNO, pantang berundur seincipun sebelum hari penentuan itu.

No comments:
Post a Comment