Tiga wakil Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menghantar ‘memorandum taubat’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu segera bertaubat.
Memorandum satu muka surat itu dihantar oleh 60 ahli dari tiga cabang parti yang terdiri daripada wakil Perak serta Pulau Pinang (Butterworth dan Bayan Baru), di ibu pejabat parti tersebut pukul 11.30 pagi semalam.
Wakil kumpulan itu, Nor Hilmi Ismail dari PKR Bayan Baru berkata, antara tujuan memorandum tersebut dihantar adalah berkaitan dengan kes yang melibatkan Anwar di mahkamah.
Katanya, ia bagi mendesak Anwar bertaubat segera demi menjaga martabat perjuangan parti berkenaan.
“Kes-kes mahkamah melibatkan Anwar dilihat merosakkan perjuangan parti.
“Oleh itu, jika Anwar enggan bertaubat selepas pelbagai pendedahan mengenainya dibongkar, lebih separuh daripada ahli parti mendesak beliau meletakkan jawatan,” .
Jelas Nor Hilmi, semua ahli parti memerlukan pemimpin yang dapat memberi sepenuh perhatian terhadap perjuangan parti dan bukan sebaliknya, iaitu hanya tertumpu kepada isu-isu peribadi.
“Kami tidak mahu pemimpin menggunakan dan berselindung di sebalik parti untuk mengelakkan diri daripada tindakan undang-undang,” katanya.
‘Memorandum taubat’ itu diberikan kepada wakil Petugas Pemilihan PKR 2010, Raou Imran untuk diserahkan kepada Anwar.
Jelas Hilmi, memorandum itu turut mendesak Anwar agar dapat memberi sepenuh tumpuan dan perhatian terhadap memperkasakan parti bagi meneruskan kesinambungan PKR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

No comments:
Post a Comment