Selepas Rahimi Osman, kini Rasid Rosdi pula. Semua mendakwa dipaksa membuat akuan bersumpah yang isinya palsu.
Rupanya strategi Joseph Gobels pembantu khas Hitler diguna pakai oleh para penasihat Anwar-terutama Latheefa Koya; walaupun mereka ketahui bahawa maklumat yang terkandung dalam SD itu palsu, namun bagi mereka apabila ia diulang-ulang, maka nantinya khayalak akan percaya; bahawa maklumat itu adalah betul.
Telah lebih 2 tahun rakyat Malaysia disogokkan dengan maklumat palsu yang kononnya Najib dan Rosmah dibelakang kes sodomy II yang melibatkan Anwar dan pembantu pribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Untuk tujuan memutarbelit isu, maka SD Rahimi Osman dan Rasid Rosdi sedikit sebanyak tertanam dibenak setengah rakyat negara ini, bahawa sodomy II adalah konspirasi Najib dan Rosmah.
Disebabkan kumpulan Anwar mengetahui bahawa semua SD itu palsu, maka mereka tidak menggunakannya sebagai "sokongan" untuk perbicaraan Anwar-Saiful yang masih berjalan sekarang ini.
Pendek kata- Tujuan SD itu hanyalah untuk PUTAR ISU!
Cerita Rasid Rosdi hampir sama dengan keterangan Rahimi Osman bahawa dia juga menurunkan tandatangannya kerana risaukan keselamatan diri dan keluarganya.
Menurut Rasid dia hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya (sekarang ini ketua penerangan PKR) menurunkan tandatangan ke atas satu akuan bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat akuan bersumpah tersebut.
Rasid juga tidak bersetuju dengan apa kandungan akuan bersumpah itu. Latheefa tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai akuan bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus,” katanya dalam laporan polisnya.
Menurut Rasid, dia mengenali Anwar sejak mereka berada di penjara dan kemudiannya diambil oleh bekas timbalan perdana menteri itu sebagai pembantu am di kediaman dan kemudiannya di pejabatnya.
"Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah Rahimi Osman,” katanya.
Rasid berkata Latheefa juga gagal menceritakan kepadanya apa yang sebenarnya kandungan akuan bersumpah itu dan dia merasakan dirinya itu ditipu.
"Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya sebagai seorang peguam, tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia."
Dakwa Rasid, setelah dikawal rapi selama 24 jam, serta beberapa insiden buruk di Quality Hotel, dia terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka.
"Selama hampir tiga tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan akuan bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.
"Akhirnya apabila melihat rakan saya, Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut," katanya.
Menurut Rasid, beliau juga hari ini membuat satu akuan bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar.
"Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ia boleh mengganggu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah,” katanya.
Pada 6 Oktober lalu, Rahimi membuat kejutan dengan cerita yang hampir sama tetapi mendakwa akuan bersumpah 'palsu' yang dibuatnya juga memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Rahimi juga mendakwa ditipu oleh Latheefa dan berkata kandungan akuan bersumpah itu tidak boleh didedahkan kerana akan mengganggu kes liwat perbicaraan Anwar yang sedang berlangsung.

No comments:
Post a Comment