Sunday, October 17, 2010

Khalid Ibrahim undur diri bertanding untuk pastikan Zaid menang

Meskipun beberapa kali Khalid Ibrahim menafikan bahawa Azmin tidak sampai hati menjatuhkannya, namun kecurigaan MB Selangor itu tidak kunjung padam.

Sebagai Menteri Besar seharusnya Khalid tetap sebagai pengerusi PKR negeri, ini tidak, kerana Azmin telah dilantik ke jawatan itu.

Sebelum ini Khalid telah mengumumkan untuk bertanding jawatan No.2 PKR, namun terpaksa berundur sebagai strategi untuk memastikan Azmin kecundang.

Jika Azmin kalah, sudah tentunya, kepimpinan baru akan melantik semula Khalid sebagai pengerusi PKR negeri sebagai tanda terima kasih.

Azmin dalam usahanya merebut jawatan Timbalan Persiden Parti, mendapat sokongan padu dari bossnya Anwar Ibrahim.

Dalam perkembangan lain, Persiden Parti Wan Azizah (menang tanpa tanding) mahukan agar Zaid menang, demikian juga anaknya Nurul Izzah.

Azmin berdepan laluan getir untuk meneruskan cita-citanya menjadi timbalan presiden, disamping halangan daripada persiden juga Azmin kehilangan sokongan kaum india.

Pemilihan bagi jawatan tertinggi PKR akan berlangsung dari 31 Okt hingga 21 Nov, manakala kongres kebangsaan parti bermula pada 26 sehingga 28 Nov.

No comments:

Blog Archive