Tuesday, October 05, 2010

Apabila Lim Guan Eng persenda orang Islam Pulau Pinang; Nik Aziz tak kata apapun

KONONnya kerajaan Pakatan adalah pengamal kerajaan kebajikan, kerana itu warga emas di Pulau Pinang diberikan sumbangan RM 100.00 seorang.

Apabila diketahui bahawa sumber sumbangan itu adalah daripada Kelab Lumba Kuda, maka orang islam yang diberikan sumbangan itu secara sukarela mengembalikannya semula.

Ini lah akibatnya apabila sesebuah kerajaan di perintah oleh bukan islam, orang islam secara tersembunyi diberikan makanan dan minuman yang tidak halal bagi umat islam.

Sekiranya pendedahan sumber kewangan yang diberikan kepada warga emas itu tidak terbongkar, maka selamanya umat islam yang termakan sumbangan itu senantiasa bersubahat.

Umat islam khususnya di Pulau Pinang sangat terdedah dengan bayaran gaji atau apa-apa bentuk bantuan daripada kerajaan di mana sumbernya tidak halal untuk umat islam.

Yang peliknya tindakan Lim Guan Eng tersebut tidak mendapat komen negatif daripada Nik Aziz, malah hingga kini Tok Guru Pas itu masih berdiam diri.

Dengan berdiam dirinya Nik Aziz, apa kah menteri besar itu masih mencari nas untuk dikeluarkan sebagai fatwa, bahawa sumber yang berasal daripada judi boleh dihalalkan kepada umat islam?

Jika ini berlaku NAHUZUBULLAH

No comments:

Blog Archive