Konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diuji buat julung kalinya di Sabah apabila rakyat di kawasan Batu Sapi, di bahagian pantai timur negeri itu keluar mengundi dalamn pilihan raya kecil pada4 November ini.
Dua parti pembangkang - Parti Maju Sabah (SAPP) dan PKR memutuskan untuk bertanding mencabar calon parti pemerintah BN dari Parti Bersatu Sabah (PBS).
Kesemua parti ini dijangka mengumumkan calon mereka hujung minggu ini.
Beberapa nama yang disebut-sebut, termasuklah ahli politik berpengaruh dan bekas ketua menteri dan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee; bekas ADUN Sungai Sibuga dan naib presiden PBS Datuk Thien Fui Yun, wakil BN; dan Ketua PKR Batu Sapi Hassnar Ebrahim.
Berdasarkan kelayakan calon, tiada satu pun akan menang mudah walaupun BN mempunyai peluang lebih cerah selepas pembangkang berpecah.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga bendahari agung PBS, Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam nahas jalan raya di Kota Kinabalu pada 9 Oktober.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 26 Oktober sebagai tarikh penamaan calon dan 4 November hari pengundian. Terdapat seramai 25,582 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 24,047 pemilih biasa dan 1,535 pemilih pos di kawasan itu.
Banyak faktor menjadikan pilihan raya kecil Batu Sapi menarik selepas tsunami politik membadai negara pada 2008 yang menyaksikan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Walaupun di atas kertas, kawasan ini dianggap sebagai kubu kuat BN yang menguasai kedua-dua kerusi negeri - Karamunting dan Sekong - kemunculan SAPP dan Pakatan Rakyat yang mungkin diwakili PKR, mungkin boleh mengubah skrip melalui 'perikatan strategik' pembangkang.
Majoriti rakyat Sabah termasuk di Batu Sapi menerima atau telah mengamalkan konsep 1Malaysia sejak zaman dahulu kala. Sabah mempunyai sejarah perpaduan yang panjang dalam kepelbagaian budaya, sebab itu perdana menteri kita telah menggambarkan Sabah sebagai 'role model' terbaik gagasan 1Malaysia.
Batu Sapi telah menikmati kemajuan pesat di bawah pimpinan BN, termasuk kemudahan asas dan bantuan lain seperti subsidi untuk nelayan.
Batu Sapi tidak diragui lagi adalah kubu kuat BN, terutama bagi kerusi negeri Sekong yang mempunyai wakil Umno di DUN.
Tetapi politik di Sabah tidak menentu dalam erti kata kekuatan sokongan boleh bertukar dari masa ke masa seperti yang dibuktikan dalam pilihan raya umum 1985 dan 1994 terutama di kawasan yang dikuasai pengundi Cina.
Apa lagi jika SAPP meletakkan presidennya (Datuk Yong Teck Lee) sebagai calon dan PKR mengetengahkan calon bumiputera beragama Islam untuk pilihan raya kecil Batu Sapi,".
Yang menjadi cabaran kepada BN adalah jika undi di kalangan bumiputera Islam berpecah dua, pengundi Cina sudah pasti menjadi faktor penentu dan jika ini berlaku, parti pemerintah akan berada dalam kedudukan rumit.
Keputusan pilihan raya kecil Batu Sapi juga tidak memberi apa-apa perubahan kuasa di Parlimen selepas parti pemerintah memperolehi kerusi majoriti. Kalah atau menang tidak menjejaskan BN.
Jika BN mencatatkan kemenangan, ia menandakan sokongan kepada kerajaan untuk konsep 1Malaysia serta agenda BN yang lebih baik oleh rakyat Batu Sapi di Sabah iaitu digelar 'fixed deposit' untuk BN.
Sebaliknya, jika pembangkang memenangi pilihan raya kecil itu, ia akan memberi keyakinan kepada parti tersebut untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

No comments:
Post a Comment