Pertandingan merebut empat jawatan naib presiden PKR bertambah sengit apabila dua ahli parlimen parti itu mernawarkan diri. Mereka adalah Nurul Izzah Anwar dan N Gobalakrisnan.
Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang sebelum ini teragak-agak bagi bertanding jawatan kanan dalam PKR mengubah keputusannya setelah mendapat lapan pencalonan untuk jawatan naib presiden.
Turut mengintai jawatan yang sama adalah ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, yang sebelum ini tewas dalam dua kali percubaannya itu.
Gobalakrishnan yang mengumumkan hasratnya untuk mencuba buat kali ketiga berkata keputusannya bertujuan memecah 'kelompok-kelompok' di parti itu.
Sambil menyeru, ahli parti agar tidak memilih secara kelompok, Gobalakrishnan berkata pemimpin atasan PKR harus juga merangkumi perwakilan masyarakat India agar “suara kaum India didengar”.
“Ini percubaan kali ketiga saya bagi bertanding jawatan naib presiden. Hanya kerana saya bukan dalam pasukan Azmin, saya tidak menang ,” katanya merujuk kepada naib presiden PKR Mohd Azmin Ali yng dikatakan mempunyai pengaruh luas di kalangan ahli akar umbi dan pada pemilihan kali ini akan bertanding kerusi timbalan presiden.
Gobalakrishnan juga mendakwa beliau terlihat satu senarai khusus yang mencadangkan kepada ahli, pemimpin yang perlu dicadangkan dan dipilih.
“Saya tidak tahu dari mana datangnya senarai itu. Muingkin ia perbuatan sabaotaj oleh musuh di luar parti.
"Tetapi saya berharap ahli akan menolak panduan yang mengelirukan seumpama itu.
“Ahli sepatutnya memilih pemimpin yang mereka yakini dapat membantu parti dan komited terhadap reformasi,” katanya.
Setakat ini, 15 pemimpin telah layak bertanding jawatan naib presiden PKR setelah mendapat pencalon yang mencukupi.
Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan sama ada beliau akan bertanding atau tidak jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dibuat selepas 3 Okt ini, iaitu setelah semua cabang parti itu selesai bermesyuarat.
"Saya belum tahu lagi, pencalonan mesti sekurang-kurangnya dua. Saya akan umumkan nanti," katanya.
Abdul Khalid yang setakat ini menerima satu pencalonan bagi jawatan tersebut ditanya sama ada akan turut berentap bersama Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim yang telah mengumumkan hasrat masing-masing untuk merebut kerusi nombor dua parti, pada pemilihan yang dijadual November ini.
Azmin yang juga Naib Presiden PKR kini memperolehi 43 pencalonan, manakala Zaid yang merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menerima 21 pencalonan.
Turut dicalonkan untuk jawatan tersebut ialah seorang lagi Naib Presiden parti Mustafa Kamil Ayub dengan 10 pencalonan, Pengarah Strategik parti Tian Chua (dua pencalonan) dan ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang mendapat satu pencalonan.
Pihak pengurusan parti itu menetapkan 10 Okt ini sebagai tarikh akhir untuk mereka yang bakal bertanding menerima pencalonan daripada setiap cabang.
Seandainya Nurul dipilih sesebagai salah seorang Naib Presiden, maka sahlah keinginan bapanya (Anwar Ibrahim) bahawa pewarisnya dalam polilik adalah Nurul Izzah.

No comments:
Post a Comment