Ini lah gambar Father Terry Jones
Umat islam seolah-olah mandul, tidak berdaya, hanya mampu geleng kepala apabila gereja kecil di Florida Amerika Syarikat mengistiharkan bahawa esok 11/9 adalah sebagai Hari Pembakaran Al'Quraan Antarabangsa.Tindakan Father Terry Jones daripada Gereja Dove World Outreach Center, Florida, Amerika Syarikat yang mengisytiharkan 11/9/2010 sebagai Hari Pembakaran Al Quran Antarabangsa kerana dia mendakwa bahawa "Al'Quraan bercanggah dengan Bible dan mengajar manusia kejahatan".
Tindakan beliau ini dibuat untuk kononnya memperingati kemusnahan bangunan World Trade Center dalam peristiwa 11 Sept 2001. Beliau mempersalahkan Islam dan Al' Quraan sebagai punca kejadian tersebut.
Sebenarnya gereja tersebut hanyalah sebuah gereja kecil dengan pengikut tak sampai pun 50 orang. Tetapi kita khuatir dengan tindak-tanduk beberapa orang paderi dan gereja yang akhir-akhir ini seolah-olah mencabar Islam dan tamaddun kemanusiaan.
Di Malaysia sendiri kita sudah ada paderi yang mengaku secara terbuka sebagai peliwat dan pengamal homoseks dan dibenarkan pula sebagai ketua gereja.
Yang peliknya kelihatan pihak berkuasa dan pihak kepimpinan gereja dan agama kristian seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa selain mengeluarkan kenyataan mengkritik dan mengutuk. Apakah benar mereka tidak boleh berbuat apa-apa, atau sengaja tidak mahu berbuat apa-apa.
Kenyataan Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton bahawa kerajaan Amerika tidak dapat berbuat apa-apa adalah sangat memalukan. Konon cerita First Amendment Perlembagaan Amerika menjamin hak kebebasan bersuara, oleh itu mereka tidak mampu menahan Terry Jones daripada membakar Al Quran tersebut kerana itu hak kebebasan bersuara!
AYT merasa pelik sehingga kini tiada sebarang komen atau tindakan samada daripada Majlis Gereja Malaysia, Majlis Perunding Agama-Agama Bukan Islam, Majlis Peguam, DAP dan lain-lain. Selalunya mereka cepat membuat kenyataan mengutuk sana-sini, tambah kalau yang membuat kenyataan itu orang Islam/ Melayu, ataupun menyentuh hak Islam/ Melayu!
Sejarah membuktikan bahawa orang kafir ini apabila menyentuh perkara atau isu mengenai Islam, mereka akan bertindak secara zalim dan diluar batasan kemanusiaan.Lihat sahaja peristiwa yang berlaku di Iraq & Afghanistan.
Kita masih ingat sejarah penyembelihan umat Islam Bosnia. Kita tidak lupa pembunuhan umat Islam di Granada, Sepanyol.
Masih segar dalam ingatan kita penghapusan umat Islam di Jerusalem, Chechen, Kashmir, Selatan Thailand, Selatan Filipina, dan didepan mata kita umat Islam Falastin. Bukan sahaja pembunuhan dan penyembelihan, malah wanita Islam dirogol secara genocide, masjid dibakar dan diruntuh, Al Quran dibakar dan ada yang dikencing dan dibuang dalam tandas!!
Dan cuba lihat sejarah Islam. Tidak ada langsung catatan menyebut tentang kezaliman umat Islam terhadap penganut agama lain.
Malah apabila Saidina 'Umar membuka Baitul Maqdis, bukan sahaja gereja dan synagogue dipelihara, beliau enggan bersolat didalamnya kerana khuatir akan menjejaskan rumah ibadah mereka.
Akhlak yang sama ditunjuk oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi semasa membebaskan Al Aqsa. Dan dimana sahaja negara umat Islam memerintah, hak dan amalan kumpulan minoriti dari agama lain dijaga dan dipelihara. Tetapi kalau umat islam menjadi minoriti, tunggulah penyembelihan, pembunuhan, perakusan, perogolan, penganiayaan dan macam-macam lagi tindakan tidak bertamaddun yang akan dilakukan.
No comments:
Post a Comment