Sebagai bekas mahasiswa di Indonesia, AYT sudah tentunya ramai teman dan kenalan di negara jiran itu.
Dua hari lalu AYT sempat bertukar-tukar smses dengan teman-teman baik yang tinggal di Jakarta, Bogor, Bandung, Yogyakrata, Bali dan Medan.
Rata-rata teman-teman itu mengatakan bahawa mereka tidak mengambil tahu apa yang sebenarnya berlaku di depan kedutaan Malaysia Jakarta yang dikatakan menjadi sasaran laskar merah putih, bendera dan kini mahasiswa.
Menurut mereka, isu itu tidak menjadi berita di Indonesia, hanya di Malaysia sahaja.
Persoalan pokok kepada isu menyerang kedubes Malaysia Jakarta adalah hanya kambing hitam kepada keadaan sebenar dalam negera jiran tersebut.
Menurut teman-teman itu, isu utama yang melanda negara mereka kini adalah kenaikan harga bahan makanan yang melambung tinggi. Untuk tujuan mengalih pandang isu tersebut, maka kedutaan Malaysia menjadi sasaran, lantaran kejadian penangkapan marin Indonesia yang dikatakan menceroboh perairan negara.
Masalah dalaman dalam negara Indoensia kini semakin runcing ekoran kenaikan harga makanan yang hampir tidak mampu dibeli oleh rakyatnya. Menurut para teman-teman tersebut, kos makanan telah meningkat begitu tinggi, sehingga pendapatan bulanan mereka hampir 90% hanya untuk keperluan makanan harian.
Di samping itu, isu tabung gas tiruan buatan cina yang diperkenalkan di Indoensia oleh mantan Naib presiden Indonesia Yusof Kala adalah isu yang belum selesai. Tabung gas seberat 3kg tersebut sangat tidak selamat dan mudah bocor.
Bagi mengalih pandang isu-isu yang melanda rakyat banyak, maka bagi memadamkan isu dibicarakan oleh rakyat yang tertekan, maka Malaysia menjadi sasaran.
Adalah mudah untuk menaikkan semangat rakyat Indonesia jika perbalahan antara negara jiran tersebut dengan Malaysia disebabkan peristiwa lampau yakni konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia di zaman pemerintahan Soekarno-Persiden pertama Indonesia.
Semalam dilaporkan bahawa pelajar berpakaian ala tentera seramai 40 orang merupakan kumpulan terbaru yang menjadikan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai sasaran demonstrasi berikutan insiden di peraiaran berhampiran Pulau Bintan pada 13 Ogos lalu.
Dalam aksi selama satu jam 15 minit itu, mereka yang mendakwa dari Resimen Mahasiswa Indonesia menyatakakan siap untuk berperang secara fizikal dan bukan fizikal dengan Malaysia dan meminta rakyat Indonesia bersikap perang dengan Malaysia.
Kumpualan penunjuk perasaan itu turut meminta kerajaan Indonesia bersikap tegas dalam menjaga kedaulatan wilayah Indonesia dan memohon Malaysia meminta maaf kepada Indonesia serta menghormati negara itu.
Pada suatu ketika mereka bertolak-tolakan dengan anggota Polis Indonesia yang menghalang mereka daripada menghampiri pintu pagar Kedutaan Besar Malaysia.
Mereka memberitahu akan mengadakan satu lagi demonstrasi di tempat sama pada 7 Sept.
Beberapa kumpulan mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia serta bangunan milik syarikat Malaysia di Jakarta bagi menunjukkan kemarahan berhubung insiden yang membabitkan pihak berkuasa negara tersebut yang ditahan dalam perairan Malaysia.
Malaysia dan Indonesia dijadual mengadakan pertemuan di Kota Kinabalu pada Isnin ini bagi membincangkan insiden tersebut.

No comments:
Post a Comment