Insiden kekecohan pada pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) ahad lepas wajar dijadikan iktibar, sekali gus membuktikan ketidakupayaan parti pembangkang itu untuk mengambil alih pentadbiran negara yang mendokong prinsip demokrasi berperlembagaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri, berkata rakyat seharusnya mengambil iktibar daripada insiden itu kerana ia menggambarkan kegagalan PKR menterjemahkan prinsip demokrasi sebenar walaupun mendakwa sebuah parti demokratik yang telus.
“Mereka dakwa parti demokratik, parti mengamalkan ketelusan, parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat tapi apa yang kita lihat pada peringkat awal, bila ada proses pemilihan berlaku kekecohan... satu macam punya kecoh.
“Saya fikir bukan saja berlaku di satu dua tempat, tetapi di banyak tempat lain, mungkin mereka tidak memahami prinsip demokrasi sebenar dan kita harus mengambil iktibar dalam soal itu bila memikirkan masa depan negara,” katanya pada sidang media selepas majlis pembukaan Simposium Pasaran Modal Dunia di sini, semalam.
Pemilihan cabang PKR di beberapa kawasan termasuk Kapar, Klang dan Lembah Pantai dicemari kekecohan apabila berlaku kejadian tumbuk menumbuk, kerusi dibaling dan kertas undi dibuang di jalan raya apabila perwakilan tidak puas hati cara pemilihan itu dijalankan.
Buat julung kalinya, 400,000 ahli PKR diberi kuasa menentukan barisan kepemimpinan peringkat cabang dan pusat.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri enggan mengulas lanjut mengenai kekecohan itu kerana menganggap ia adalah urusan dalaman parti berkenaan.
Ditanya kemungkinan UMNO bakal berdepan masalah sama jika menggunakan sistem pemilihan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Khas Umno Oktober lalu apabila 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan UMNO mulai pemilihan 2011, Muhyiddin mengingatkan supaya tidak membandingkan UMNO dengan PKR.
“Tidak wajar untuk bandingkan PKR dengan UMNO... UMNO adalah parti yang sudah lama dan berpengalaman,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kekecohan pemilihan parti itu sememangnya diduga kerana mereka sentiasa bertelagah merebut jawatan dalam parti.

No comments:
Post a Comment