Chua Jui Meng, Pengerusi perhubungan PKR Johor mendakwa bahawa kain rentang (gambar) tersebut didalangi bekas Menteri Besar Johor. Siapa menteri besar itu? Bekas menteri besar yang masih hidup adalah Datuk Abdul Ajib Ahmad yang menjadi MB Johor sehingga tahun 1982. Tahun 1982-1995 jawatan menteri besar Johor disandang oleh TPM sekarang Tan Seri Muhyiddin Yassin. MB Johor masa kini adalah Datuk Abdul Ghani Othman.
Kain rentang tersebut di atas menimbulkan kemurkaan sultan Johor.
Menurut Chua, kain rentang lain yang seumpama itu juga dikesan sepanjang laluan 'Kembara Mahkota Johor' di mana baginda sendiri terbabit dengan menunggang motosikalnya.
"Nama bekas menteri besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-Raja Melayu sehingga imuniti Raja-Raja Melayu dihapuskan;dakwa Chua.
"Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," sambung chua Jui meng lagi.
Bekas menteri persekutuan itu berjumpa dengan polis untuk selama lebih dua jam, daripada 11.30 pagi sehingga jam 2 petang dengan diiringi peguamnya, Sankara Nair.
Chua juga berkata beliau menjelaskan kepada polis berhubung beberapa kesilapan pada kain rentang itu yang membuktikan ia bukan dibuat oleh PKR.
"Saya menafikan PKR terbabit dengan penipuan ini. Hanya Umno mempunyai motif untuk membuat perkara terkutuk seperti ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment