Perang bermula antara Umno-Mca. Mca mahu agar kaum cina memberi sokongan semula kepada parti "terbesar" cina itu dengan mempertikai hak melayu dan bumiputera.
Munurut MCA tsunami politik terhadap parti itu melalui pru-12 lalu,kerana sokongan parti cina itu terhadap hak melayu.
Dua hari lalu kongress ekonomi cina malaysia telah membuat tuntutan agar pemilikan ekuti untuk semua bidang ekonomi di negara ini yang dinikmati kaum melayu/bumiputera hendaklah dikurangkan secara berperingkat. Resolusi itu merupakan salah satu daripada 12 resolusi yang diputuskan oleh kongress yang dirasmikan oleh Datuk Seri Najib sendiri.
Berikutan keputusan kongres cina itu, Naib presiden umno Datuk seri Hishammuddin Hussien memberi amaran kepada Mca agar supaya tidak melupakan semangat barisan nasional.
Kenyataan Hishammudin tersebut mendapat reaksi presiden Mca Chua Soi lek dengan mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin BN belum belajar daripada pilihan raya umum 2008 dan tidak memahami desakan rakyat agar melakukan pembaharuan.
Hari ini pula Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin memberi amaran kepada MCA hari ini agar tidak memperlekehkan semangat Barisan Nasional (BN) apabila memperjuangkan kepentingan komuniti Cina.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN mengingatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar sensitif kepada keperluan kaum-kaum lain.
“Di Barisan Nasional kami sentiasa mengambil pendirian sama dalam isu-isu yang menyentuh kesemua kaum,” kata Muhyiddin kepada pemberita di sini.
“Jika mereka mahu berjuang untuk komuniti mereka, ia tidak harus menyentuh kepentingan orang Melayu,” kata Muhyiddin.
“Saya berharap parti-parti komponen akan mengambil kira soal ini, jadi jangan cetuskan sebarang salah faham.
“Sama ada mereka hendak mengambil pendirian seakan DAP, ia perkara lain tetapi pandangan mereka tidak harus membawa kepada salah faham,” kata beliau lagi.
Berhubung pendirian tegas MCA mahu melaksanakan resolusi-resolusi yang diluluskan pada Kongres Ekonomi Cina Sabtu lalu, Muhyiddin berkata, kerajaan mempunyai kata putus akhir dalam isu-isu seperti dasar pro-Bumiputera.
“Jika anda menyentuh dasar kerajaan, MCA perlu faham bahawa hak keistimewaan, pengagihan kekayaan adalah tanggungjawab kerajaan untuk mempertahankan dasar-dasar sedemikian,” kata Muhyiddin.
“Apa sahaja yang mereka hendak berjuang, mereka perlu mempertimbangkan kepentingan BN. Saya tidak fikir MCA akan mengetepikan kepentingan kerjasama dalam BN,” kata Timbalan Presiden Umno ini.
Terdahulu dalam kenyataan dikeluarkan di sini, dua pemimpin kanan MCA membidas Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mempersoalkan kesetiaan parti itu dalam BN.
Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung hari ini menegaskan, MCA sentiasa setia kepada BN dan tidak pernah meninggalkan Umno.
Pendirian seumpama itu juga dilahirkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam kenyataan berasingan.
“Selama ini MCA konsisten menunjukkan kesetiaan kepada BN. Ketika Umno mengalami saat-saat kesukaran pada 1980-an dan 1990-an, MCA tidak pernah tinggalkan mereka.
“Namun, kita juga akan mengambil berat akan kenyataan ini supaya setiap orang mengetahui bahawa ia adalah disebabkan oleh hegemoni politik sehingga pengundi berpaling dari BN,” kata Chor.
Beliau berkata, MCA sentiasa menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak pernah mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.
“MCA tidak pernah mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Pasal 153 Perlembagaan Persekutuan.
“MCA mengetahui matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mahu membanteras kemiskinan tanpa mengambil kira latar belakang kaum.
“Namun kenyataan Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Razak yang mengatakan bahawa pelaksanaan DEB ‘telah ‘diimplemantasi oleh kumpulan tertentu demi kepentingan diri sendiri’, kelemahan ini harus dibaiki,” kata Chor dalam kenyataan media hari ini.
Sementara itu, Dr Chua mendakwa beberapa pemimpin BN gagal melihat kegagalan masa-masa lalu dan tindakan mereka itu akan menyebabkan kelupusan parti itu dalam jangka panjang.
Dr Chua berkata, partinya tidak bimbang untuk sealiran dengan pesaingnya DAP dalam isu-isu tertentu dan tidak akan lari daripada menyatakan pendirian yang tegas jika perlu.
Beliau juga secara tidak langsung merujuk kepada Hishammuddin sebagai pemimpin terbabit yang melahirkan pandangan tegas tersebut pendirian MCA semalam.
Dr Chua berkata, berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008 pemimpin-pemimpin MCA memahami keperluan bagi parti itu berubah untuk mendapatkan semula kepercayaan dan sokongan.
“Jika ada pemimpin-pemimpin BN yang terus berada dalam dunia mereka sendiri, mereka sudah tentu akan menolak MCA ke tepi dan tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada perikatan (BN),” katanya.

No comments:
Post a Comment