Kegiatan melombong pasir tidak terkawal di Selangor jelas membuktikan kepimpinan pakatan pembangkang gagal menguruskan hal yang begitu kecil walaupun negeri itu mempunyai seorang penasihat ekonomi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebagai sebuah negeri yang mempunyai PAKAR seperti Anwar, sepatutnya isu-isu seumpama itu tidak sepatutnya timbul kerana penyelesaiannya terlalu mudah.
Disebabkan ada unsur-unsur cover-up dan wujud elemen-elemen rasuah maka pencurian pasir kian berleluasa.
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti tidak mampu hendak uruskan hal-hal begini. Selangor ada penasihat dan dia pakar iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kegiatan pencurian pasir terbaru adalah di kawasan seluas 20 hektar tanah, kira-kira 50 meter dari Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands di Dengkil.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pula mendakwa kegiatan mencuri pasir yang berleluasa di negeri itu didalangi gangster dipercayai dilindungi oleh pihak tertentu.
Dalam pada itu Muhyiddin berkata, sekiranya kegiatan itu dibiarkan berleluasa tanpa sebarang tindakan diambil, kerajaan Selangor di bawah pimpinan Abdul Khalid sebenarnya telah melakukan perkara syubhah.
Beliau berkata, kerajaan negeri berkuasa untuk menghentikan segera kegiatan tersebut kerana perkara berkaitan pasir dan tanah adalah di bawah kuasa mereka.
‘‘Saya tidak mahu menuduh tetapi apa yang saya katakan ini mungkin boleh berlaku. Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku tetapi tiada tindakan diambil itu bermakna mereka melakukan syubhah.
‘‘Dalam Islam hukum mereka yang melakukan syubhah sama dengan mereka yang melakukan kesalahan. Saya tidak tahulah Parti Keadilan Rakyat parti apa. Parti bukan Islam agaknya,’’ ujarnya.
Dalam pada itu, beliau mengakui banyak pihak bimbang dengan keadaan itu terutama penduduk kampung berhampiran kerana ia melibatkan kerosakan alam sekitar.
‘‘Semua orang bimbang apabila alam sekitar yang indah diganggu hanya tujuan untuk kepentingan diri. Mereka dengan rakus mengorek pasir tanpa sebarang kawalan.
‘‘Sudah tentu ia boleh merosakkan alam sekitar dalam jangka masa panjang. Kegiatan ini jika tidak dibendung segera akan memberi kesan terhadap sumber air dan khazanah negeri,’’ tambahnya.

No comments:
Post a Comment