SEMASA merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Kota belud semalam bertempat di dewan Tun Said Kota Belud, Datuk Salleh Said yang juga merupakan ketua Bahagian Umno Kota Belud merangkap timbalan pengerusi perhubungan Umno negeri menyeru agar Umno pusat wajar mempertimbangkan kuasa-kuasa tertentu dalam parti khususnya Umno- Sabah.
Konsep desentralisasi atau delegasi kuasa dalam hal-hal tertentu perlu diambilkira agar supaya suatu keputusan boleh dibuat cepat tanpa menunggu rujukan ke Kuala Lumpur.
Salleh membuat seruan tersebut kerana beliau merasakan bahawa Sabah mempunyai keunikan dan keistimeawaan tersendiri.
Salleh dalam ucapannya seterusnya mengatakan, walaupun Umno-Sabah merupakan adik bongsu dalam keluarga besar, namun Umno-Sabah nyata memainkan peranan besar dan signifikan, Umno-Sabah menjadi penentu dan pengimbang majoriti kemenangan dalam pilihanraya umum, sebagaimana terbukti dalam PRU-12 lalu.
Umno-Sabah, menurut Salleh tidak akan meminta yang lebih-lebih, demikian juga tidak pula mahu diberikan kurang daripada yang sepatutnya. Justeru, Umno –Sabah mengharapkan imbalan setimpal atas nama kepentingan rakyat demi membawa parti ke mercu kegemilangan, lanjutnya.
Selanjutnya Ketua Bahagian Kota Belud itu yang juga penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah yang berstatus menteri menyuarakan bahawa di Negara kini telah wujud dua sistem parti , dimana kerajaan diterajui oleh Umno, manakala pembangkang diketuai oleh DAP.
Salleh mengingatkan bahawa kedua-dua parti itu mempunyai perbedaan ideologi yang sangat ketara.
Umno atau Umno-BN berjuang demi kesejateraan rakyat,manakala Pembangkang atau Pakatan berjuang untuk mencari perubahan dan pembaharuan.
Demi menghadapi tantangan ini, maka Umno perlu mengutamakan kualiti kepimpinan agar supaya mereka dapat memberi penerangan dalam proses menyakinkan rakyat tentang pelbagai isu. Untuk itu, Umno perlu menampilkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan bertanggungjawab.
Demi kemantapan parti, Salleh meminta agar faktor persefahaman diambil berat di semua peringkat, baik peringkat akar umbi mahupun bahagian negeri dan juga majlis kerja tertinggi parti. Hindarilah politik parasit yang akan membunuh system perjuangan.

No comments:
Post a Comment