Umno mahu berkerjasama dengan Pas, bukan bererti Umno lemah.Asas kepada cetusan idea ini adalah berpaksi kepada rumusan beberapa pandangan daripada Ngo-Ngo termasuk Angkatan belia islam (ABIM) serta jabatan halehwal khas (jasa) bahawa untuk memperkuat melayu, maka jalinan kerjasama antara Umno dan Pas perlu diwujudkan.
Ikatan Golongan melayu di negara ini pecah akibat adanya 3 parti yang merebut sokongan kaum itu. Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan bahawa sokongan melayu masih tertumpu kepada Umno, tetapi sokongan itu hanya tidak dapat sepenuhnya kerana Pas dan Anwar Ibrahim melalui PKRnya juga mahu melayu menyokong parti masing-masing.
Sejak tertubuhnya Pas (Pas adalah serpihan kepada parti Umno, demikian juga PKR, maka melayu menjadi tidak kuat. Akibat perpecahan ini, maka kaum lain melihat kelemahan ini. Dengan berpadukan kepada keadaan ini,maka kaum-kaum lain membuat desakan misalnya dalam halehwal tajaan biasiswa, isu pendidikan, pengagihan jawatan, isu bahasa yang sebelumnya adalah taboo dibangkitkan,kerana ianya adalah asas kepada pembentukan negara ini yang berpaksi kepada Tolak Ansur.
Melihat bahawa hak-hak melayu termasuk bumiputra Sabah dan Sarawak mula tergugat, kerana kecenderungan Pas dan PKR memporalisasikan kaum melayu dan bumiputera, maka wujudlah Perkasa pribumi negara, satu badan Ngo yang memperjuangkan, menyuarakan hak-hak melayu dan pribumi.
Berpandukan kepada keputusan PRU-12 lalu dan PRK selepas PRU itu, nampaknya ikatan kaum melayu menjadi tersangat longgar. Perlu diingat, melayu tidak akan kehilangan kuasa, selagi melayu itu bersatu. Melayu akan kehilangan kuasa, jika melayu itu mengasaskannya sendiri, yakni melalui perpecahan.
Pemimpin seperti Anwar Ibrahim dan Nik Aziz adalah paksi untuk merebahkan melayu. Tujuan mereka adalah kuasa. Anwar Ibrahim menubuhkan PKR dan Pakatan adalah untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri.Sementara itu Nik Aziz pula mahu menubuhkan negara islam (walaupun kini matalamat Pas itu telah mengendur akibat desakan DAP dan bukan lagi matalamat akhir PAS).
Berpaksikan keadaan ini, maka beberapa pemikir islam dan melayu mencetuskan cara untuk menguatkan kembali ikatan melayu yang semakin longgar itu akbiat karenah beberapa kerat para pemimpin pembangkang, yakni melalui kerjasama parti-parti yang berasaskan melayu, yakni Umno dan Pas, bukan kerjasama antara para pemimpin yang menerajui parti-parti itu.
Melalui kerjasama itu, maka dapat diwujudkan pasukan melayu bukan kumpuluan melayu.
Dalam perkembangan lain Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan menolak sebarang dakwaan bahawa UMNO kini berada dalam keadaan terlalu lemah sehingga terpaksa mencari rakan baru termasuk menjalinkan kerjasama dengan Pas.
Perdana Menteri berkata, UMNO mempunyai kekuatan tersendiri dan tiada sesiapa yang harus meragui bahawa parti itu juga memperjuangkan Islam sebagai salah satu teras perjuangannya selama ini.
Dalam hal ini, beliau yang juga Presiden UMNO mahu melihat perkembangan selanjutnya berhubung saranan pelbagai pihak agar parti itu menjalin kerjasama dengan Pas dalam pelbagai bidang termasuk mengukuhkan Islam dan kedudukan orang Melayu di negara ini.
''Kita hendak juga Pas menghormati UMNO sebagai parti yang ada kekuatan dan sebagai parti yang juga memperjuangkan Islam sebagai salah satu teras perjuangannya selama ini dan tidak ada sesiapa yang harus meragui akan perjuangan kita.
''Sama ada ia (kerjasama dengan Pas) menjadi kenyataan atau sebaliknya bergantung kepada perkembangan selanjutnya," kata beliau.
Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 serta Penganugerahan Pembaharuan Pensijilan 5S Perbendaharaan di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata, buat masa ini beliau tidak mahu membuat sebarang ulasan tentang usaha kerjasama kedua-dua parti berkenaan dan menganggap kenyataan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perkara itu semalam sudah mencukupi.
Laporan akhbar hari ini memetik Muhyiddin sebagai berkata, UMNO menyatakan komitmen dan kesediaan untuk bertemu dan menjalinkan kerjasama dengan Pas dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.
Dalam reaksinya pada hari yang sama, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dilaporkan bersetuju bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini.

No comments:
Post a Comment