Thursday, July 01, 2010

Tiada Sebab UMNO Menipu Hosni!! Hosni Hanya Mahu Publisiti!!!!

TIADA sebab UMNO menipu Hosni!. Siapa HOSNI??? Hanya sekadar tahu agama sedikit, sudah berlagak tahu segalanya.Kalau diteliti dengan akal waras, seseorang yang berumur 27 konon telah mahir agama dan mengelar diri ulamak! ini namanya hanya tin kosong.

Maksud tersirat Hosni ikut serta berjumpa Najib adalah untuk mendapatkan publisiti. Nawaitunya sudah jelas, sebaik sahaja berjumpa PM, dia terus membuat pendedahan melalui Harakah-suara rasmi PAS. Perbuatan Hosni ini memang dia rancang demi mendapatkan perhatian, dan semoga PAS akan memilihnya menjadi calon apabila ada pilihanraya.

Sungguh mudah mendapatkan publisiti murahan. Sebelum ini TIADA yang TAHU atau kenal dengan manusia yang bernama Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27; namun kerana kononnya telah masuk UMNO dan kemudian mendakwa beliau ditipu apabila digelar seorang dari 40 ulama muda yang menyertai Umno, Jumaat lalu.

Seorang yang mengelar dirinya ULAMA, namun boleh "ditipu" menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai kewajaran dalan berikir, terutama mengambil keputusan dalam masa-masa tertentu.

Manusia seperti lah yang paling bahaya, kerana jika ianya dijadikan ketua, ada kemungkinan besar, akan membiarkan pengikutnya terkapai-kapai dalam menghadapi musuh atau saat-saat genting.

UMNO patut bersyukur kerana tidak mempunyai ahli seperti ini.

No comments:

Blog Archive