Thursday, July 15, 2010

Sudah Kah Musa Aman Istihar Harta?

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang mendakwa mempunyai harta bernilai RM300 juta sebelum dilantik sebagai Ketua Menteri pada 1 April 2003; kini dipercayai mempunyai harta lebih USD 3 bilion telah diarah secara mandatori Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengistiharkan harta melalui notis yang diserahkan kepadanya pada 29 April 2010.

Mengikut Notis berkenaan yang disampaikan kepada Musa Aman di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang mula dikuatkuasa pada 1 Januari 2009;

Seksyen 36. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi, jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai, berdasarkan penyiasatan yang dijalankan oleh seseorang pegawai Suruhanjaya, bahawa apa-apa harta dipegang atau diperoleh oleh mana-mana orang hasil daripada atau berkaitan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, boleh dengan notis bertulis:

(a) menghendaki orang itu supaya memberikan pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar,

(i) yang mengenal pasti tiap-tiap harta, sama ada alih atau tak alih, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang dipunyai atau dimiliki olehnya, atau yang mengenainya dia mempunyai apa-apa kepentingan, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, dan menyatakan tarikh setiap harta yang dikenal pasti itu diperoleh dan cara bagaimana ia diperoleh, sama ada dengan jalan urus niaga, bekues, devis, pewarisan, atau apa-apa cara lain;

(ii) yang mengenal pasti tiap-tiap harta yang dihantar keluar dari Malaysia olehnya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu;

(iii) yangmenyatakan nilai anggaran dan tempat terletaknya setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii), dan jika mana-mana harta itu tidak dapat diketahui tempat letaknya, sebab mengapa;

(iv) yang menyatakan berkenaan dengan setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii) sama ada harta itu dipegang olehnya atau oleh mana-mana orang lain bagi pihaknya, sama ada harta itu telah dipindah hakmilik, dijual kepada atau disimpan dengan mana-mana orang, sama ada harta itu telah susut nilainya sejak dia memperolehnya, dan sama ada ia telah berbaur dengan harta lain yang tidak dapat dipisahkan atau dibahagikan tanpa kesukaran; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

(v) menyatakan segala maklumat lain yang berhubungan dengan hartanya, perniagaannya, perjalanannya, atau kegiatan-kegiatannya yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; dan

(vi) menyatakan segala punca pendapatannya, perolehannya atau asetnya;

Mengikut Seksyen 4 Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, jika gagal mengistiharkan harta Musa Aman boleh disabitkan kesalahan dan dihukum;

a) Dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan

b) Didenda tidk kurang daripada lima kali ganda nilai lebihan itu, jika lebihan itu dapat dinilai, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi

Setelah Notis Pengisytiharan Harta tersebut diserahkan kepada Musa Aman, Sabahkini.net telah berjaya mengesan Pemegang Amanahnya, Peguam Richard Barnes telah diarah berlepas ke Australia pada 3 Mei 2010 untuk mengurus dan mengalihkan kesemua wang ‘cucian’ (laundering) berbillions USD dan hartanya di luar negara, terutamanya Australia, Hong Kong dan Singapura.

Mengikut sumber dalaman SPRM, semasa Michael Chia Thien Foh @ Mikhael Aman ditahan di Hong Kong oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 14 Ogos 2008, dia telah memberi maklumat terperinci bagaimana wang ‘dicuci’ keluar daripada Sabah ke Hong Kong dan seterusnya wang ‘cucian’ dideposit ke akaun Richard Barnes, Nasir Yeo dan Musa Aman.

Mikhael Aman yang ingin mengelak daripada didakwa ICAC, Hong Kong juga telah menyenaraikan semua nama kroni Musa Aman seperti Pengarah Urusan Priceworth Wood Products Bhd, Andrew Lim Nyuk Foh; CEO Kretam Holding Berhad, Freddy Lim Nyuk Sang; CEO Java Incorporated Bhd, Datuk Admond Looh Chai Boon, Pengarah Urusan Asiatic Lumber Industries Sdn Bhd, John Nip Wing Hon; Pengarah Urusan Usahawan Borneo Group, Datuk Albert Lim Yu Min; Datuk Amin Khan; Datuk Nasir Yeo Guan Hock; Hafiz Musa Aman dan sebagainya.

Mikhael Aman yang mengetuai Kumpulan Kongsi Gelap dan Gangster Sandakan sentiasa dilindungi pengawal peribadinya, Sai Pao yang begitu berbangga sehingga dia masih kebal untuk disentuh SPRM! The Untouchable Of The Untouchable!

Siapakah kroni Musa Aman yang seterusnya akan diberkas oleh SPRM? Datuk Admond Looh, Datuk Nasir Yeo, John Nip atau…?

No comments:

Blog Archive