Sepatah kata Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Chee Keong, “Macam cacing kepanasan…”
Mengulas lanjut tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘terpaksa’ terbang ke Amerika Syarikat untuk ‘melutut’ kepada ‘kawan-kawan’nya bagi memperjelaskan beberapa kenyataan lantangnya yang dilihat anti Yahudi, Chee Keong berkata, “bukankah ini namanya politik dua alam atau cakap tak serupa bikin”.
Menurut Chee Keong, beliau (Anwar) bercakap lantang di Parlimen tapi akhirnya turun melutut meminta maaf pada Zionis, apa yang diperkatakan itu semata-mata untuk tujuan politik ke Putrajaya sahaja. Soal kepentingan negara dan bangsa tidak penting.
Chee Keong berharap rakyat jelata membuat penilaian terhadap Anwar yang dianggapnya hanya mahu mempertahankan kepentingan dirinya sahaja.
“Saya harap dari sudut dan tingkahlaku Anwar ini, rakyat mesti tahu dengan pasti apakah tujuan politik Ketua Pembangkang itu,” tegasnya.
Anwar dilaporkan ke Amerika Syarikat (AS) pada 23 hingga 26 Jun lalu bertemu beberapa tokoh Parti Demokrat seperti bekas Setiausaha Pertahanan, Sir William Cohen, Ahli Kongres AS, Keith Maurice Ellison dan Timbalan Setiausaha Untuk Negara Asia Timur dan Pasifik, Kurt Campbell.
Pada Mac lalu, Anwar dilaporkan pernah meminta pertolongan Campbell supaya kerajaan AS campur tangan dalam kes liwatnya.
Ketika diminta mengulas kenapa Anwar mesti memperjelaskan kenyataan itu kepada pihak tertentu di AS, Chee Keong berkata, “sebab dari dulu Anwar ramai kawan dan konco-konco yang banyak memberi bantuan, jadi beliau kena bagi penjelasan dan meminta maaf terhadap kenyataan lantangnya terhadap Zionis.”
Katanya, “Anwar masih mengharapkan sokongan dari AS untuk perjuangannya menjadi Perdana Menteri”.
“Kita jadi ahli parlimen adalah untuk mempertahankan hak negara kita, seperti saya tidak perlu ke AS atau Singapura atau ke mana saja untuk mendapatkan sokongan, saya hanya perlu mendapat sokongan dari rakyat kita, itu yang kita bersumpah jadi ahli parlimen untuk pertahankan lambang negara kita dan Yang DiPertuan Agong serta Perlembagaan Negara bukannya jadi ahli parlimen untuk menjaga kepentingan yahudi atau AS,” tambahnya.
Chee Keong menganggap Anwar kini sudah semakin terdesak terutama melihat tingkahlakunya yang membangkitkan pelbagai isu dalam kes liwatnya sedangkan ianya jelas isu yang dibangkitkan itu bukan isu perundangan tetapi isu yang cuba dipolitikkan semata-mata untuk mengelirukan rakyat kononnya kes itu merupakan ‘pendakwaan politik’ semata-mata.
Bagaimanapun, Chee Keong menjangkakan Anwar semakin sukar untuk memutarbelit isu ini di dalam negara dan cuba untuk mendapatkan bantuan dari pihak-pihak di AS seperti dahulu.
Menurut Chee Keong, Anwar juga dilihat semakin menggelabah selepas menghentam Zionis dalam isu APCO dan penggunaan istilah ‘pencerobohan Zionis’ di mana Anwar telah dikecam dan diserang oleh kolumnis serta media AS yang mana tidak dapat diterima oleh Anwar.
Mengenai kenyataan Anwar yang kecewa dengan pentadbiran Presiden Barrack Obama yang tidak bersungguh-sungguh membantunya, Chee Keong berkata, “Anwar anggap seperti Presiden sekarang macam George W. Bush di mana boleh diputarbelit hingga beliau boleh dapat bantuan”.
Berdasarkan tindakan terbaru Anwar itu, Chee Keong berpendapat Anwar sedang cuba mendapatkan pengaruh AS untuk memberi tekanan antarabangsa kepada Malaysia supaya mempengaruhi mahkamah berhubung kes liwatnya.
Katanya, “kenapa nak gunakan taktik ini, pergi ke AS untuk mendapatkan sokongan dan tekanan kepada Malaysia bagi mencapai satu keputusan yang beliau mahu. Ini sikapnya cakap dan serupa bikin atau politik dua alam hanya untuk satu tujuan saja ke Putrajaya menjadi Perdana Menteri ‘at all cost’.
“Kalau kita nak jadi PM pun kita perlu dapat sokongan rakyat bukan kerana kita nak jadi PM, dapatkan keyakinan daripada rakyat, sokongan dari rakyat bukan guna puterbelit, nanti terbelit diri kerana setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga,” ujarnya.-
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kunjungan Anwar ke Washington bagi menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi di sana baru-baru ini jelas membuktikan bahawa hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan kumpulan tersebut memang intim.
Beliau seterusnya meminta rakyat menilai dan membuat pertimbangan sendiri mengenai perjuangan sebenar Ketua Pembangkang itu.
"Jelas terbukti, jadi kita harus buat pertimbangan apakah sebenar politik Anwar ini, untuk apa dia berjuang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan 2010 di Kuala Lumpur Khamis.
Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas satu laporan akhbar Washington Post Isnin lepas yang mengatakan bahawa Anwar berada di Washington selama beberapa hari minggu lepas untuk memberitahu rakan-rakannya di Amerika bahawa beliau kesal kerana menggunakan istilah seperti "pencerobohan zionis".
Akhbar itu juga menyebut bahawa Anwar menyertai satu tunjuk perasaan di luar kedutaan Amerika di Kuala Lumpur baru-baru ini di mana sehelai bendera Israel dibakar, dan beliau juga membuat sindiran pedas mengenai firma perhubungan awam yang berpejabat di Washington menurutnya "dikuasai Yahudi" Apco Worldwide, yang digunakan khidmatnya oleh kerajaan Malaysia.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata Anwar tanpa segan silu ke negara itu untuk memohon maaf di atas kesilapan beliau kerana khuatir ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakan-rakannya itu.
"Sebab itu bila dia rasa dia sudah lakukan kesilapan, dia buat kenyataan itu dia cukup bimbang kalau-kalau sahabat dia yang ada di sana akan bukan sahaja tidak puas hati mungkin akan marah," katanya.
"Kita tahu di sini bahawa jelas hubungan yang rapat antara Anwar dengan kumpulan-kumpulan yang dikatakan pro-zionis atau pro-Yahudi itu, terserah pada rakyat untuk buat pertimbangan apakah sebenar Anwar Ibrahim itu," tambahnya.
Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mahu Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh memberi penjelasan kerana kenyataan itu seolah-olah penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memohon maaf.
"Anwar mengatakan beliau kesal menggunakan terma (pencerobohan Zionis) kepada rakannya di Amerika dan ini jelas menunjukkan beliau meminta maaf dari mereka.
"Jadi beliau patut jelaskan kepada rakyat Malaysia kenapa dia pergi ke sana dan meminta maaf kepada rakan-rakanya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, pada Khamis.
Khairy berkata tindakan Anwar itu jelas menunjukkan bahawa beliau seorang pemimpin yang suka 'bermuka-muka' kerana sebelum ini pernah terbabit dalam demonstrasi besar-besaran di depan kedutaan Amerika Syarikat di sini, mengecam Israel menggunakan istilah tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sememangnya perkara itu telah diketahui sejak awal setelah 'rakan-rakan' Yahudi Anwar di Amerika Syarikat yang dulu menyokongnya mula mempersoalkan tindakannya.
Katanya, apabila mendapat laporan bahawa rakan-rakannya mulai marah, Anwar terpaksa pergi ke sana untuk memperbetulkan keadaan.
"Kita dah tahu cerita tu sebab geng-geng Yahudi dia kat Amerika Syarikat yang sokong dia dulu dah mula marah. Bila dapat laporan tu, Anwar pergi untuk perbetulkan keadaan.
"Jadi kita boleh lihat dia punya perangai. Di sini dia kecam, di sana dia pujuk. Itu dah memang stail dia. Jadi saya harap rakyat tahu semua itu," katanya.
Bagi Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, lawatan Anwar ke Amerika Syarikat lebih dilihat sebagai usaha untuk mengumpul sokongan kerana beliau dilihat benar-benar terdesak dengan pelbagai kes yang dihadapinya.
"Lawatan tu sebab dia terdesak kerana dia kini berdepan banyak masalah termasuk kes mahkamah. Sebab tu dia pergi untuk dapatkan sokongan dari negara luar, terutamanya pihak Israel. Ini jelas menunjukkan dia benar-benar terdesak," katanya.
Di BANGI, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga naib presiden UMNO berkata Anwar memang terkenal dengan sifat lidah bercabang.
"Bila berjumpa orang India, dia adalah seorang pejuang masyarakat India, berjumpa orang Cina, beliau adalah hero masyarakat Cina dan bila berjumpa orang Islam, beliau adalah pejuang Islam."
Apabila beliau berucap di Parlimen mempertikaikan pelantikan APCO Worldwide, beliau seolah-olah menjadi juara rakyat Malaysia keseluruhannya dengan mengutuk APCO sebagai penceroboh zionis," kata Ahmad Zahid ketika ditemui media selepas melepaskan Ekspedisi IMalaysia ke London di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata Anwar mungkin mulai sedar beliau telah diketepikan masyarakat Yahudi yang tidak semuanya Zionis.
"Beliau menyedari rakan beliau di Amerika Syarikat telah bersikap dingin terhadap beliau kerana sikap beliau yang berlidah biawak itu dan kini langkah beliau adalah membersihkan dirinya," katanya.
Ahmad Zahid berkata ketika berkunjung ke Amerika Syarikat awal Mei lalu, beliau berkesempatan bertemu dengan ahli-ahli senat dan kongres dan "tidak seorang pun bercakap mengenai Anwar lagi.
"Bagi saya antara negara dengan kepentingan parti, beliau harus utamakan negara. Walaupun kita berbeza pendapat dari segi politik tetapi demi negara kita harus mempertahankan negara bukan dengan memburukkan negara," tambahnya

No comments:
Post a Comment