Zaid malah memandang sinis pendedahan Zaharin Hashim yang dia berjumpa dan menginap satu hotel dengan pelarian mahkamah Raja Petra Kamarudin (RPK) di sebuah hotel di London pada 1-3 Oktober tahun lepas.
Malah Zaid mengakui selalu berjumpa RPK dan akan mengunjungi pelarian itu minggu depan.
Zaid berkata adalah tidak mudah melupakan kawan lama. Tiada sebab saya tidak boleh berjumpa dengan RPK kata Zaid menjawab pendedahan Zahrin minggu ini.
Persoalan di sini bukan soal jumpa atau bertemu. Persoalannya RPK adalah pelarian mahkamah di Malaysia. Zaid adalah pengamal undang-undang. Zaid tahu benar konsekunesi sebagai pelarian daripada mahkamah, pun demikian, Zaid tetap mempunyai hubungan dengan RPK.
Rupanya bagi Zaid, apapun kesalahan tetap halal, asalkan seseorang itu penyokong kepada PKR.
RPK kini adalah penyokong PKR dan Anwar, walaupun suatu masa dulu adalah pembangkang kepada Ketua Umum PKR itu.
Hubungan baik dan pertemuan berkala RPK dengan Zaid boleh dijadikan petunjuk penting bahawa PKR mungkin terlibat melindungi Raja Petra daripada dibawa ke muka pengadilan.
Sementara itu; Mukhriz Mahathir dilaporkan sebagai berkata, (jika betul)bahawa PKR melindungi RPK; ini adalah satu kesalahan kerana menyembunyikan seseorang yang sedang disiasat dan didakwa oleh pihak berkuasa,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu di sini hari ini.
Mukhriz berkata, pada pandangannya, pertemuan tersebut menunjukkan PKR mempunyai kaitan dalam melindungi Raja Petra.
‘‘Semua tahu sikap Raja Petra yang merupakan seorang anarkis dan dia bukan sahaja setakat antikerajaan, malahan tidak boleh menerima sebarang bentuk sistem tidak kira siapa pun yang menerajui negara ini.
‘‘Dulu, dia anti ayah saya (Tun Dr. Mahathir Mohamad) kemudian Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), sekejap anti Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) kemudian menyokong pula Anwar. Tak tahulah apa pegangan dia,” ujarnya.
Mukhriz berkata, beliau percaya Raja Petra yang kini dipercayai berada di luar negara mungkin menerima penajaan pihak tertentu.
‘‘Saya tidak ada bukti tapi kita sedia maklum. Bayangkan nak tinggal di pangsapuri di London perlu belanja besar. Raja Petra setahu saya seorang yang hidup sederhana tetapi sekarang tengok keadaannya,’’ kata beliau.
Sebelum ini pelbagai pihak termasuk bekas Setiausaha Sulit, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendakwa kehidupan Raja Petra di London mungkin ditaja oleh salah seorang tokoh pemimpin pembangkang.
Sumber polis juga tidak menolak kemungkinan kehidupan Raja Petra di di Gloucester Terrace, Bayswater yang merupakan kawasan elit dibiayai pihak tertentu yang mempunyai konspirasi untuk merosakkan nama baik kerajaan Malaysia.
Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui web Malaysia Today.

No comments:
Post a Comment