Orang Melayu perlu lantang menyuarakan hak istimewa mereka seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan kerana pelbagai usaha sedang dilakukan untuk menghilangkan hak tersebut.
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan (kini PKR), Zainur Zakaria berkata, oleh itu orang Melayu harus bertindak segera bagi mengelakkan wujud ruang yang lebih luas kepada kaum lain untuk mempertikaikan perkara tersebut.
''Kaum bukan Melayu kini sudah berani serta lantang mempersoalkan hak-hak Melayu, agama Islam dan juga institusi raja-raja Melayu.
''Keberanian dan kelantangan mereka ini bukan hanya tertumpu kepada hak-hak Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi matlamat dan motif mereka sebenarnya adalah bertujuan menuding jari dan mempersalahkan orang Melayu," katanya yang juga seorang peguam.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Cabaran Perlembagaan Persekutuan (Perkara 153) Dalam Arus Politik Masa Kini sempena Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak semalam.
Tegas Zainur, sekiranya orang Melayu masih berpegang kepada kata-kata 'tidak apa' dan 'biar sahajalah', pasti hak-hak istimewa orang Melayu di negara ini akan hilang sekelip mata.
Malah, katanya, sikap segelintir orang Melayu sekarang yang percaya bahawa mereka tidak lagi perlu bergantung kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan akan membantu menyebabkan orang Melayu jatuh.
''Jika orang Melayu gagal mempertahankan hak mereka, lama-kelamaan kita akan hilang segala keistimewaan.
''Saya khuatir 50 tahun akan datang, kalau kita diperintah oleh kaum bukan Melayu, segala hak yang kita ada sekarang akan hilang. Contohnya sudah nampak di Pulau Pinang sekarang yang diperintah oleh kaum bukan Melayu," katanya.
Sementara itu, seorang lagi ahli panel, Datuk Halipah Esa yang membentangkan kertas kerja bertajuk Agenda Bumiputera: Menterjemah Aspirasi Menggalas Tanggungjawab pula menegaskan, wujud jurang antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan usahawan Melayu yang menyebabkan pertumbuhan ekonomi di kalangan kaum itu tidak berkembang.
Justeru saran bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) itu, satu platform perlu dibentuk untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dalam bidang ekonomi.
''Ekonomi negara sekarang sedang meningkat dan membangun, tetapi nasib orang Melayu masih di takuk lama dan tidak berkembang.
''Kita perlu cari pendekatan untuk melangkah maju ke depan. Gunakan persatuan Melayu yang ada sebagai alternatif untuk kita membantu sesama Melayu," katanya.
Perhimpunan Melayu Perak 2010 yang berlangsung sehari itu turut menyaksikan sedikit kekecohan apabila ramai di kalangan peserta yang hadir cuba melontarkan pandangan masing-masing mengenai hak orang Melayu.

No comments:
Post a Comment