Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat tidak terpedaya dengan politik ‘sesumpah’ yang diamalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebih mementingkan politik peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri.
Tegas Perdana Menteri, amalan politik ‘sesumpah’ dapat dilihat dengan jelas apabila Anwar terpaksa pergi ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini untuk meminta maaf kepada beberapa tokoh Yahudi di negara itu.
Kata beliau, Anwar terpaksa berbuat demikian ekoran tindakannya sebelum ini yang mengkritik Yahudi dalam isu ‘pencerobohan Zionis’ dan membangkitkan isu ‘Apco Worldwide’ (Apco).
‘‘Apabila saya pergi ke AS untuk bertemu dengan Presidennya, Barack Obama bagi membincangkan kepentingan negara, saya dituduh oleh Anwar kononnya saya melutut dengan kuasa besar itu.
‘‘Saya berunding atas kepentingan negara kerana kita ingin melihat rakyat Malaysia mampu mencapai kejayaan di persada antarabangsa, sedangkan dia (Anwar) ke sana untuk kepentingan AS.
‘‘Saya tidak pernah mengeluarkan perkataan ‘minta maaf’ tetapi dia sendiri yang pergi ke AS untuk meminta maaf atas kepentingan negara itu kerana dia takut dengan kawan-kawannya itu marah,” katanya.
Beliau berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut di Dewan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) di sini hari ini.
Akhbar The Washington Post melalui kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl, mendedahkan bahawa Anwar berada di Washington pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi ‘menjernihkan’ hubungan dengan kelompok Yahudi.
Kunjungan Anwar itu dibuat selepas Penasihat PKR tersebut yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan ramai tokoh Yahudi, membuat kenyataan yang dilihat beliau sebagai anti-Yahudi dalam isu Apco Worldwide baru-baru ini.
Najib yang juga Presiden UMNO memberitahu, Penasihat PKR itu terpaksa bertemu dengan tokoh-tokoh Yahudi di AS yang marah dengan tindakannya yang begitu keras mengkritik Zionis sebelum ini.
Apa yang dilakukan Anwar itu, jelas beliau, membuktikan pemimpin pembangkang berkenaan beria-ia mahu menjadi Perdana Menteri.
‘‘Cita-cita besar Anwar yang terlalu ingin sangat hendak menjadi Perdana Menteri akan menimbulkan pelbagai masalah dan penyakit,” katanya.
Dalam pada itu, tegas beliau, UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa konsisten untuk membela dan mendahulukan kepentingan rakyat tanpa meletakkan kepentingan politik peribadi.
Menurut Perdana Menteri, UMNO dan BN tidak pernah mengamalkan politik ‘sesumpah’ iaitu memberi janji-janji yang berlainan kepada pihak-pihak tertentu.
‘‘Kita bercakap dan berjanji perkara yang sama kepada semua pihak tidak kira kepada orang Melayu, Cina atau India.
‘‘Begitu juga kita bercakap perkara yang sama di dalam dan di luar negara,” tambahnya.

No comments:
Post a Comment