Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengubah pendirian daripada menyeru agar DEB dimana ekuti bumiputra yang selama ini dipertahankan dikaji semula kini pula mempertahankan keputusan kerajaan pusat untuk mengekalkan sasaran 30 peratus ekuiti bumiputera dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).
Walaupun sokongan ini kononnya bertujuan untuk keselesaan "sesetengah pihak", beliau menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Razak Tun Razak telah melihat ketirisan serta kelemahan dalam program-program tindakan afirmatif lama dan sudah bersedia untuk membuat pembaharuan yang berani.
Lebih penting lagi, katanya, pendekatan baru yang akan diambil, termasuklah yang berasaskan merit, mesra pasaran, telus serta kriteria yang telus dan adil.
Menurutnya, jika semua itu diikuti, maka ia boleh menghasilkan pembangunan yang mampan dan masyarakat bumiputera yang berdaya saing.
Menurut Khairy lagi, rancangan lima tahun itu mengandungi banyak program untuk membantu 40 peratus keluarga miskini, tanpa mengira kaum.
Bagaimanapun, pakar ekonomi DAP yang bercakap di forum yang sama, Tony Pua, tidak sehaluan dengan pandangan Khairy itu.
Beliau berpendapat bahawa keputusan kerajaan untuk mengekalkan sasaran ekuiti bumiputera hanya akan terus menguntungkan orang Melayu yang mempunyai hubungan politik dan bukannya golongan Melayu miskin yang memerlukan bantuan.
"Kami sebenarnya tidak ada masalah untuk orang Melayu mencapai 30 peratus kekayaan, tetapi dengan menetapkan sasaran 30 peratus ekuiti, ini telah menukar dinamik tindakan afirmatif tersebut," kata Pua.
Katanya, apa yang berlaku ialah apabila sasaran itu dibuat mengikut kaum, maka mereka yang mempunyai hubungan baik dan mampu bersaing, akan mendapat manfaat dari tindakan-tindakan afirmatif tersebut.
Beliau mendakwa, sasaran ekuiti 30 peratus bermakna kerajaan akan memberikan lebih banyak projek kepada mereka yang mempunyai berhubung yang baik.
Beliau mengambil contoh sistem transit laju (MRT), di mana Gamuda dan MMC Corporation Bhd, telahpun mengemukakan cadangan, sebelum pengumuman dibuat oleh Najib minggu lalu.
Bagaimanapun, Khairy dan Pua sama-sama menyuarakan kebimbangan mengenai satu bahagian dalam RMK10 yang mungkin menyebabkan wujudnya kuota untuk pekerjaan.
Menurut Pua, keperluan bagi syarikat dan pelabur yang mendapat kontrak serta insentif khas dari kerajaan untuk mencapai "sasaran pekerjaan yang seimbang" mungkin terdedah kepada penyalahgunaan oleh pegawai-pegawai tertentu.
"Ini mungkin dibuat dengan niat yang baik oleh penggubal dasar yang kita memerlukan kuota dalam pekerjaan," katanya.
"Hal ini membuat saya sangat bimbang kerana selain kuota 30 peratus ekuiti korporat untuk bumiputera, anda akan ada (kuota) 30 peratus untuk hartanah dan juga 30 peratus (kuota) untuk pekerjaan."
Khairy bersetuju dengan pandangan Pua itu, sambil menambah bahawa beliau juga terperanjat ketika membaca baris lain dalam RMK10 yang memerlukan sesebuah syarikat melaporkan mengenai komposisi bangsa dan gender kakitangannya.
Forum ini dihadiri sekitar 60 orang, yang sebahagian besarnya golongan profesional muda dan pelajar. Ketua eksekutif Institut Demokrasi dan Hal-Ehwal Ekonomi (Idea), Wan Saiful Wan Jan juga merupakan salah seorang panel forum tersebut.

No comments:
Post a Comment