Wednesday, June 09, 2010

Parti PAS Dalam Dilema: Nik Aziz penyokong Lim Kit Siang; Sementara Gandingan Hadi-Nasha Cenderung Kepada Perjuangan Asal Pas

Meskipun ada kalangan pemimpin Pas menafikan bahawa keberkesanan gandingan Hadi-Nasha kurang menyerlah terutama dalam Pakatan, kerana terdapatnya jurang yang amat ketara antara pendekatan Nik Aziz Nik Mat khasnya dalam hubungan mereka dengan Lim Kit Siang.

Gandingan Hadi-Nasha masih mempertahankan status quo Pas, di mana perjuangan asal parti itu adalah untuk menubuhkan negara Islam di negara ini. Namun perkembangan mutakhir ini, perjuangan PAS itu secara perlahan-lahan dilupuskan kerana terikut rentak NIK Aziz yang telahpun dipengaruhi oleh para pemimpin DAP terutama Lim Kit Siang.

Bagi Pas sekarang ini, negara islam bukan lagi matalamat utama, namun matalamat utama mereka adalah untuk merebut kuasa melalui bantuan kaum cina menerusi DAP.

Kaum Cina kini sudah begitu yakin bahawa melalui DAP dan bantuan Nik Aziz, maka Lim Kit Siang berjaya mempergunakan PAS demi mencapai cita-cita mereka mengusai arena poltik Malaysia.

Lim Kit Siang tahu, tanpa bantuan NIK Aziz dan Anwar, adalah mustahil mereka dapat membentuk kerajaan.

Sejak puluhan tahun, di mana perjuangan DAP senantiasa tidak sebulu dengan PAS, maka kemenangan tidak pernah mereka kecepai. Namun setelah DAP bekerjasama dengan PAS melalui PRU-12 lalu, maka akibatnya, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak berjaya mereka tawan dengan mudah.

Akibat kemenangan itu,maka Lim Kit Siang dengan halus memperdaya PAS melalui penerimaan agama Islam cara PAS. Malah ada para pemimpin DAP memberi Qutbah dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quraan. Melalui cara ini, maka Nik Aziz merasa terpegun, dan mempercayaai bahawa DAP telahpun berubah, dan kini parti itu mula menerima Islam ala PAS yang diperbarui.

Pemesongan perjuangan PAS ini lah yang mengkhuatirkan gandingan Hadi-Nasha, kerana itu, gandingan ini mula dipertikaikan kewibawaan mereka. Kelompok Nik Aziz mula membuat gerakaan secara senyap dan halus dan menyibarkan isu bahawa gandingan Hadi-Nasha tidak efektif sejak mereka digandingkan.

Pertembungan antara Nik Aziz Nik Mat dan Hadi-Nasha berpunca daripada idea Hadi sendiri, yaitu idea Kerajaan perpaduan selepas sahaja PRU-12 tahun 2008 yang lalu.

Isu UG ini memnadapat tempat di muktamar Pas Ipoh pada tahun 2008 dan Muktmar Pas Shah Alam tahun 2009, walaupun idea itu ditolak secara muktamar, namun di luar parti itu, isu UG masih hangat diperkatakan.

Di khabarkan bahawa isu UG di Muktamar Pas di kota Bahru yang akan diadakan minggu depan kemungkinan tidak akan dibahas, namun gandingan Hadi-Nasha yang dikatakan kurang menyerlah ada kemungkinan akan diperkatakan.

Golongan yang mahu berkerjasama dengan DAP dan memperkukuhkan Pakatan adalah golongan erdogan yang kini di ketuai oleh Nik Aziz Nik Mat, walaupun sebelum ini, golongan ini diketuai oleh Hussam Musa.

Perkembangan ini lah yang mengkhuatirkan golongan ulamak dan sederhana dalam Pas terutama golongan yang dikethaui oleh Hadi-Nasha dan Haron Din.

Akan ke mana kah pengakhir kepada perjuangan PAS, sama-sama kita tunggu keputusan muktmar Kota Baru.

No comments:

Blog Archive