JIKA bukan keputusan PRU-12 di mana para pemimpin MCA dan MIC berguguran, parti komponen BN itu masih mendabik dada, kalau lah bukan sokongan mereka, BN tidak akan mampu mempertahankan kerajaan.
Melalui keputusan PRU-12 itu, ternyata kerajaan BN dapat dipertahankan bukan kerana MIC atau MCA, namun atas sokongan rakyat Sabah dan Sarawak.
Di Semenanjung kita dapat melihat bagaimana tsunami politik melanda MCA dan MIC, bukan UMNO! Umno tidak kalah, walaupun ada beberapa calon UMNO yang kalah, namun kekalahan itu disebabkan faktor calon itu sendiri, selain calon yang sebenarnya telah luput, namun tetap dicalonkan dan juga calon BIDAN terjun yang ada kaitan dengan "gerakan" KJ menguasai UMNO pada masa itu.
UMNO dapat melihat dan merasakan itu semua, kerana itu UMNO diperingkat tertinggi terus berubah. UMNO tidak mahu seperti GOLKAR-Indonesia, Umno tidak mahu seperti parti Congress India, UMNO tidak mahu seperti parti LDP-Jepun, kerana itu atas kehendak UMNO, maka pucuk pimpinan UMNO walaupun secara perlahan terus berubah, bermula daripada presiden, timbalan malah telahpun merebak ke akar umbi.
Kepincangan pucuk pimpinan diperhatikan, namun itu hanya pada UMNO! MCA, walaupun berubah, namun MCA dipimpin oleh pemimpin yang berpekong dan secara moral sepatutnya tidak boleh menjadi pemimpin. Benar CSL dapat mengalahkan pemimpin MCA yang juga bermasalah, namun penggantian pucuk pimpinan MCA tidak dapat mengembalikan sokongan kaum itu kepada parti itu. Sokongan sebahagian, tidak akan mampu menggamit kemenangan pada sebarang pilihanraya.
MIC terus dikuasai oleh pemimpin yang telah luput, walaupun telah luput, namun masih berlagak sebagai pemimpin.
Kehadiaran para pemimpin yang telah LUPUT apa kah melalui MCA atau MIC, bukan sahaja menyumbang kepada penolakan pengundi kepada BN, malah akan mengundang malapetaka kepada gabungan 13 Parti itu pada PRU-13 akan datang.
Apakah angka 13, akan memberi padah yang amat dashyat kepada BN? Hakikat pada masa kini, kecenderungan itu mempunyai tanda-tanda.
Adalah diramalkan, bahawa pada PRYU-13 akan datang, majoriti kawasan yang dikuasai Cina dan India akan dimenangi oleh DAP atau PKR, walaupun kawasan-kawasan tradisi UMNO akan terus dikuasai UMNO dan PAS akan terus menguasai kawasannya.
Pola pemerintahan selepas PRU-13 akan menggambarkan, bahawa kaum melayu Semenanjung akan dikuasai oleh UMNO, manakala Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh bumiputra Sabah dan Sarawak.
Kerajaan Persekutuan pada masa itu akan dibentuk berasaskan kepada gabungan antara kaum melayu semenanjung dan bumiputra Sabah dan Sarawak. Manakala pembangkang akan dikuasai oleh kaum CIna, India dan fanatik penyokong PAS.
Perkembangan semasa di mana para pemimpin PKR yang telah meninggalkan parti itu dan membuat pendedahan, sebenarnya tidak mempunyai impak kepada sokongan rakyat kepada BN. Sokongan rakyat kepada BN, sebenarnya bermula pada BN itu sendiri, bukan tergantung kepada faktor luaran, seperti pendedahan-pendedahan para pemimpin lawan.
Jangan lah merasa terbuai kerana pendedahan-pendedahan para pemimpin PKR yang keluar daripada parti mereka dan kemudian kononnya mesra BN, mengundang banyak masalah dibanding faktor dorongan kepada BN itu sendiri.
Jika BN mahu menang, komponen parti yang masih diterajui oleh para pemimpin LUPUT dan berpekong, perlu melepaskan semua jawatan dan membiarkan parti-parti menjalankan peremajaan. Jangan tunggu kecundang dahulu, baru bertindak.

No comments:
Post a Comment