Tuesday, June 22, 2010

Kedudukan Tian Chua Satu Polimek Politik

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman denda RM2,000 dan menyerahkan kedudukan Tian Chua kepada SPR dan Dewan Rakyat nampaknya semakin menjadi bahan polimek yang belum ada tanda titiknya.

Misalnya Tmbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidy Taunku Jaafar menyarankan agar supaya Tian Chua menerima hukuman penjara untuk kekal sebagai wakil rakyat.

“Dari segi perlembagaan, jika seseorang Ahli Parlimen didenda RM2ribu, serta merta dia terbatal sebagai Ahli Parlimen. Malah Karpal Singh juga ada sebut dalam akhbar bahawa mengikut perlembagaan, Tian Chua telah terbatal sebagai Ahli Parlimen.

Menurut Timbalan Spekaer, Parlimen akan bagi Tian Chua ruang untuk membuat rayuan. Jika selepas 14 hari dia tidak merayu, kerajaan boleh membawa usul bincangkan kedudukannya ke parlimen. Saya mungkin memberi laluan kepada dia untuk bercakap di parlimen.

Sementara itu Zulkifli yang juga seorang peguam, bagaimanapun menentang pendapat Junaidy. “Pada pandangan saya sebagai peguam, Parlimen tak ada hak. SPR lebih berhak tentukan kedudukan Tian Chua,” katanya.

“Kalau ditakdirkan sehingga hari ke-14 Tian Chua tidak buat rayuan, soal nak mentafsir sama ada kerusi itu kosong atau tidak, terletak hanya kepada SPR.

“Kita mesti ingat, kes kerusi Tian Chua ini berikutan sabitan kepada satu hukuman. Parlimen hanya mempunyai hak di bawah Artikel 53, iaitu menentukan kesahihan status seorang Ahli Parlimen berdasarkan beberapa perkara sahaja,iaitu jika ahli parlimen itu hilang kewarganegaraan, sakit atau bankrap. Hak parlimen tidak termasuk sabitan kes.

“Kes Tian Chua membabitkan sabitan dan ia adalah hak SPR untuk menentukan. Saya tetap berpendapat selepas 14 hari, SPR yang patut tafsirkan kedudukan Tian Chua.

“Kehendak hakim yang tidak mahu pilihanraya diadakan adalah soal kedua kerana hakim jenayah tidak ada hak nak tentukan sama ada kerusi itu kosong atau tidak.

“Saya salahkan hakim. Kalau betul dia tak mahu PRK diadakan, kenapa dia jatuhkan denda RM2ribu? Kenapa dia tak denda RM1999.99 sen? Bukan ke senang cerita? Dia tahu benda ini akan jadi masalah,” tambah Zulkifli.

Sementara itu, peguam Umno, Datuk Hafarizam Harun, ketika diminta mengulas, berkata Artikel 48 tidak secara automatik membatalkan kelayakan seseorang Ahli Parlimen sekiranya dikenakan denda RM2 ribu, sebaliknya ia mesti dibawa ke Parlimen untuk diusulkan supaya SPR menentukan kekosongan.

“Jelas hakim ingin mengelakkan PRK, justeru denda RM2 ribu itu perlulah dilihat sebagai “mengecualikan pemakaian Artikel48 (1)e,” katanya.

Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, yang juga seorang peguam, berpendapat hakim berkuasa membuat apa sahaja keputusan yang dirasakan wajar, tetapi tidak bermakna boleh melebihi mana-mana undang-undang lain, terutama Perlembagaan Persekutuan.

No comments:

Blog Archive