Sunday, June 20, 2010

Chua Jui Meng Politician Yang Despredo

Chua Jui Meng mengatakan sangat bahagia kehilangan gelaran Datuk daripada Johor, kerana sejak gelarannya ditarik balik, sungguh ramai daripada rakan seperjuangan menyokongnya.

Satu komen yang cetek dan bodoh.

Rakyat sudah tahu bahawa gelaran tiada hubung kait dengan sokongan. Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Ghafar Baba, sejak tahun 1955 adalah wakil rakyat dan pemimpin sehingga lah berhenti jawatan kerajaan tidakpun mempunyai gelaran, akan tetapi terus mendapat sokongan daripada rakyat. Ini membuktikan gelaran tiada kaitan dengan sokongan rakyat.

Alangkah bodohnya Jui Meng mengatakan, bahawa disebabkan gelarannya ditarik balik oleh Sultan Johor, maka BN-Umno mengundang padah. Apa kaitan BN-Umno dengan gelaran yang diberikan oleh Sultan Johor?

Zaman sekarang bukan zaman batu, rakyat sudah celik dan tahu apa yang berlaku.

Jui Meng adalah mantan pemimpin MCA, setelah puluhan tahun menikmati kedudukan dan menikmati semua kemudahan kerajaan.

Kerana ketamakkannya, mahu pula menjadi presiden MCA, maka perwakilan MCA dapat melihat bahawa Jui Meng bukan berjuang untuk kaum cina, akan tetapi berjuang untuk kepentingan dirinya sendiri.

Atas sebab perjuangan atas kepentingan diri sendirilah perwakilan MCA menolak Jui Meng untuk memegang sebarang jawatan MCA, termasuk kekalahannya merebut jawatan Presiden.

Atas nafsu jawatan dan kedudukkan maka Jui Meng mencuba nasib melalui PKR. Mana lah tahu kalau-kalau PKR menang, maka dia dapat jawatan lagi.

Dalam sejarah politik tanah air, sesiapa yang pernah memegang jawatan tinggi, apabila kecundang, biasanya sukar untuk kembali semula.

Kini, perjuangan Jui Meng sama dengan perjuangan Anwar Ibrahim, yakni untuk mendapatkan jawatan untuk diri sendiri.

No comments:

Blog Archive