Saturday, May 15, 2010

Sime Darby Berhad Rugi 1.63 Billion: Apa Kata KWSP??

Semalam Saham Sime Darby Bhd turun 40 sen atau hampir 5.0 peratus kepada RM8.25 ni di Bursa Malaysia dan juga merupakan saham paling banyak rugi di bursa tempatan.

Ini berikutan pendedahan bahawa kelewatan dan kos berlebihan dalam beberapa projek yang memberi kesan negatif signifikan sebanyak RM964 juta dari projek di Qatar dan projek empangan hidro elektrik Bakun.

Kaunter itu dibuka Jumaat kepada RM8.23 berbanding harga pra-penggantungan sebanyak RM8.65 dan ditutup pada harga RM8.25 dengan 40.97 juta saham bertukar tangan.

Ia juga merupakan kaunter yang paling aktif di mana penganalisis pasaran saham berkata kaunter itu menarik turun keseluruhan pasaran 7.62 mata kepada 1,339.3.

Sime Darby semalam mengumumkan syarikat itu akan menanggung impak negatif sebanyak RM964 juta pada perolehannya bagi separuh kedua tahun kewangan 2010 disebabkan kelewatan dan kos berlebihan daripada projek-projek itu dengan membuat perubahan pada pengurusan.

Ini termasuk meminta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid untuk mengambil cuti sebelum tarikh kontrak beliau tamat pada 26 Nov, 2010.

Bagaimana pun, OSK Research Sdn Bhd berkata punca bagi masalah Sime Darby adalah kerana syarikat itu adalah terlalu besar dan terlalu dipelbagai untuk diurus dan dikawal dengan betul.

Oleh kerana itu, adalah tidak wajar untuk menyalahkan kos konglomerat yang berlebihan sebanyak RM964 juta itu dipertanggungjawabkan kepada Ahmad Zubir semata-mata.

Kelemahan kawalan dalaman dalam konglomerat bukan sesuatu yang baharu seperti di dalam insiden sebelumnya, kerugian dagangan di ladang Sime Darby yang menyebabkan pengawal kewangan syarikat diganti, kata OSK dalam kenyataan.

"Sementara kami mempersetujui bahawa seorang ketua pegawai eksekutif dipertanggungjawabkan bagi kerugian syarikat yang besar itu, kami percaya dalam kes Sime Darby ini, memang terlalu mudah untuk mempersalahkan beliau," katanya.

Jika Sime Darby terus dilanda kerugian daripada satu segmen ke segmen yang lain, penyelesaian yang hanya wajar ialah untuk memecahkan kumpulan itu kepada unit-unit yang lebih strategik untuk diuruskan, kata OSK.

Jika diandaikan kerugian RM964 juta itu berada pada tahap bersih, unjukan tahun kewangan 2010 akan dicantas sebanyak 35 peratus kepada RM1.743 bilion daripada unjuran terdahulu RM2.707 juta yang dibuat sebelum kerugian di atas timbul, kata OSK.

Sementara itu, MIDF Research berkata firma itu sedang mengkaji semula unjuran ke bawah pendapatan tahun kewangan 2010 Sime Darby sebanyak 33 peratus kepada RM1.56 bilion.

Berikutan itu dengan apa yang digambarkan sebagai eksersais "dapur digenangi air", tidak wujud keperluan untuk menyelaraskan unjuran pendapatan tahun kewangan 2011 Sime Darby.

"Kami yakin masalah itu akan ditangani menjelang tahun kewangan 2010," kata MIDF.

Adalah berbaloi untuk dimaklumi bahawa kerugian RM964 juta itu adalah setara dengan hanya 1.9 peratus daripada modal pasaran Sime Barby yang bernilai lebih kurang RM52 bilion, kata MIDF.

Ekoran kerugian besar itu Sebagai pemegang saham terbesar, Permodalan Nasional Berhad (PNB) sepatutnya bertindak menggantung jawatan kesemua lembaga pengarah dan pengurusan kanan Sime Darby Berhad.

"Berdasarkan prinsip akauntabiliti, kesemua lembaga pengarah dan pengurusan kanan Sime Darby hendaklah berundur apabila syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu mengalami kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion.

Berdasarkan laporan tahunan Sime Darby 2009, Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) mempunyai 39 pegangan dalam kumpulan itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 14 peratus dan PNB sendiri 13 peratus. ASB berada di bawah PNB.

Persoalannya sekarang mengapa jawatankuasa audit dan akaun itu tidak mengesan kerugian tersebut lebih awal?

"Jika mereka telah mengesan kerugian itu lebih awal dan melaporkannya kepada Lembaga Pengarah Sime Darby, apa yang dilakukan oleh lembaga pengarah dan pengurusan kanannya?

"Sebab itulah PNB sepatutnya bertindak ke arah memecat Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan Sime Darby dan melantik audit luar untuk membuat penyiasatan,"

"Bolehkah PNB mengekalkan kadar dividen yang telah diberikannya kepada pelabur-pelabur sebelum ini berikutan kerugian besar Sime Darby itu?"

Sime Darby melihat kembali kekuatannya dan membina perniagaan berteraskan kekuatan dan kepakarannya dalam sektor perladangan dan hartanah.

"Sime Darby tidak sepatutnya melibatkan diri dalam sektor tenaga, minyak dan gas atau penjualan kenderaan.

"Bidang-bidang tersebut tidak dilihat sebagai core business kumpulan itu,"

Sime Darby patut mengambil Nestle sebagai contoh yang semakin berkembang maju dalam industri pemakanan di mana pada tahun 2006 sahaja ia mencatat keuntungan kira-kira US$75 bilion.

"Sepatutnya dengan kepakaran Sime Darby dalm bidang perladangan dan komoditi, ia boleh melakukan natural progression untuk maju dalam bidang industri pemakanan halal, contohnya berasaskan kelapa sawit,"

No comments:

Blog Archive