Wednesday, May 05, 2010

Negara Kehilngan RM 230 Billion Hasil Minyak: Satu Kesilapan? Atau ?

Jika mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad tidak menghebahnya melalui blognya, sudah tentu, hanya kabinet Tun Abdullah dan para pemimpin tertentu sahaja yang mengetahui bahawa satu kawasan milik negara telah diserahkan secara percuma kepada negara lain.

AYT sebagai warganegara dan kebetulan penduduk Sabah, merasa terkilan, kawasan yang sepatutnya untuk generasi penerus telah hilang untuk selama-lamanya.

Malaysia telah merdeka sejak tahun 1957 dan merupakan anggota PBB dengan wilayah yang telah ditentukan. Malaysia telah ditadbir urus oleh 4 perdana menteri, dengan begitu berkesan, namun tidak pernah timbul penyerahaan wilayah kepada mana-mana negara.

Setelah Tun Abdullah menjadi perdana menteri, telah dua wilayah diserahkan. Pertama adalah Batu Putih, apabila terumbu karang itu diserahkan kepada Singapura, kerana Malaysia kalah dalam di peringkat antarabangsa. Namun bagi kes penyerahan kawasan Malaysia kepada negara Berunei Darussalam, tidak pernah pun terdengar oleh rakyat, kecuali mereka-mereka yang tertentu dalam kabinet Tun Abdullah.

Malang sungguh bagi rakyat penerus kerana perbuatan segelintir "pemimpin" maka satu kawasan yang kaya.. dengan mudah diserahkan.

Tidak kah kabinet Abdullah Badawai masa itu terfikir, bahawa penyerahan wilayah seumpama itu merupakan langkah salah? Jika pun kawasan itu terkategori wilayah bertindih, tiada cara lain kah?

Terumbu karang Batu Putih, tidak pun mempunyai nilai komersil yang tinggi, namun berapa kah kos yang dibelanjakan demi mempertahan wilayah itu?

Tindakan menyerahkan kawasan yang menurut Tun Dr Mahathir mempunyai simpanan minyak dan gas mencecah RM 230 billion, merupakan satu kesilapan pentadbiran Tun Abdullah. Jangan lupa, masa itu PM ke-6 Datuk Najib juga merupakan sebahagian daripada kabinet Tun Abdullah.

Sudah tiba masanya lah Najib perlu memberi penjelasan tentang keputusan kabinet itu? Dasar atau fakta yang diambilkira sehingga tiada cara lain lagi, kecuali menyerahkan kawasan itu kepada negara yang berjiran dengan Sarawak itu.

Adalah tanggungjawab Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendedahkan kepada awam semua perrhubungan antara Putrajaya dan Brunei, Sabah, Sarawak dan Petronas sehingga berlakunya peristiwa penyerahan sempadan laut Malaysia kepada Brunei.

Penyerahan kawasan negara berdaulat seperti Malaysia selepas meredeka tidak pernah berlaku dalam sejarah moden sesebuah negara merdeka.

Demi kepentingan negara dan kepentingan awam, kejujuran, keterbukaan dan ketelusan oleh kabinet dan perdana menteri adalah sangat diperlukan.

Seorang pemimpin Kelantan Hussam Musa dipetik sebagai berkata "tindakan mengeluarkan sempadan negara, kemudian mengeluarkannya tanpa mengikut tatacara berperlembagaan dan bersifat unilateral dari kerajaan pusat, akan mengakibatkan terlalu banyak implikasi kepada negara".

"Satu darinya ialah integriti dan kedudukan Petronas sendiri sebagai badan multinasional yang terpaksa membatalkan kontraknya dengan pihak lain yang akan menunjukkan kontrak-kontrak dengan Petronas adalah tidak terjamin sekaligus akan melemahkan Petronas.

"Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan hanya dengan persetujuan Parlimen melalui rang undang-undang yang dibentang dan diluluskan oleh Parlimen sahaja sempadan negara boleh diubah,".

No comments:

Blog Archive