Tidak timbul calon pilihan MIC atau pilihan Umno. Calon adalah pilihan BN. BN Pilih calon yang boleh menang.
Memang wajar MIC mencalonkan Timbalan Presidennya G. Palanivel, kerana beliau adalah wakil rakyat kawasan Ulu Selangor sejak tahun 1990, namun tewas pada PRU-12 semasa mempertahankannya untuk penggal ke-5 kepada calon PKR mantan Timbalan Menteri Besar Selangor, dan mantan orang kuat Umno Datuk Dr Zainal Abdidin Ahmad.
Dr Zainal masuk PKR pada tahun 2005, setelah Tun Abdullah menggugurkannya pada PRU-11 (tahun 2004).
Kawasan Ulu Selangor adalah kawasan BN kerana 3 DUN dibawah naungan kawasan itu semuanya dimenangi oleh BN semasa PRU-12 yang lalu dengan majoriti 6 ribu lebih, walaupun bagi kawasan Parlimen calon BN yang diwakili oleh G Palanivel tewas tipis dengan kiraan 198 undi.
Kekalahan calon BN bagi kawasan parlimen, bukan kerana pengundi Ulu Selangor menolak BN akan tetapi kelebihan kepada calon PKR pada masa itu. Pengundi Ulu Selangor masih tidak sanggup mengorbankan jasa yang telah diberikan oleh Dr Zainal kepada para pengundi Ulu Selangor.
Kekalahan BN semasa PRU-12 lalu juga sedikit sebanyak disumbangkan oleh calonnya sendiri, yang dikatakan bermasalah di kawasan itu.
Sebaik sahaja kerusi itu kosong pada 25 Mac lalu, ekoran kematian Dr Zainal, Samy Vellu awal-awal lagi mengumumkan bahawa kawasan itu adalah kawasan MIC dan mencadangkan hanya seorang calon yakni G Palanivel.
Sejak munculnya nama G Palanivel, berbagai reaksi akar umbi terutama para pemimpin setempat. Ramai pemimpin akar umbi memberi reaksi negatif kepada pencalonan Palanivel, malah UMNO sendiri pernah melobi agar kawasan itu dikembalikan semula kepada komponen terbesar BN itu setelah 50 tahun hilang dalam gengamannya.
Namun atas keputusan pucuk pimpinan BN bahawa kawasan itu adalah kawasan MIC, maka para pemimpin akar umbi setempat akur, namun jika G Palanivel dicalonkan juga besar kemungkinan undi sabotaj dan protes akan berlaku.
Nama yang disebut-sebut yang mendapat sokongan akar umbi adalah Timbalan Ketua Pemuda MIC kawasan Ulu Selangor V. Mugilan. Mugilan adalah anak tempatan dan dikatakan sangat mesra rakyat dan boleh diterima oleh para pengundi kerana sikapnya yang bercorak bukan perkauman.
Sementera itu Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysian Insider (MI) kerana menyiarkan berita melalui portalnya yang beliau sifatkan berniat jahat.
Beliau berkata laporan MI Selasa bahawa parti itu akan memulau pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April adalah tidak benar.
Bukan kali ini saja, malah portal berita online itu sering menyiarkan serangan terhadap MIC berkenaan kerana beberapa sebab tertentu, katanya ketika mengulas sebuah berita dalam MI yang mendakwa MIC akan memulau pilihan raya kecil itu sekiranya timbalan presidennya Datuk G. Palanivel tidak dipilih untuk bertanding.
MI melaporkan bahawa kempen Umno agar timbalan ketua pemuda MIC, yang juga anak tempatan V. Mugilan dan bukannya Palanivel diletakkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil itu, telah menyebabkan beberapa pemimpin MIC tawar hati untuk berkempen dan membatalkan banyak majlis.
Kerusi berkenaan kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat pada 25 Mac. Pada pilihan raya umum 2008, beliau mengalahkan Palanivel yang menjadi anggota Parlimen kawasan itu selama empat penggal. Pencalonan akan diadakan Sabtu ini.
Samy Vellu berkata esok, beliau akan meminta peguamnya menghantar notis kepada portal berita itu supaya memohon maaf dan sekiranya MI enggan berbuat demikian, tindakan undang-undang akan difailkan.
Beliau juga berkata MIC tidak membatalkan sebarang majlis yang telah dirancang.

No comments:
Post a Comment