Dikhabarkan Anwar terpaksa bertemu dengan 11 individu "pemimpin" pakatan secara bersendirian, bagi merungkai isu calon PKR bagi parlimen Hulu Selangor.
Parlimen Ulu Selangor kosong disebabkan meninggalnya wakil rakyat kawasan itu Datuk Zainal Abdin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah otak.
Sebelum ini kawasan parlimen Ulu Selangor adalah kerusi PKR, berikutan kemenangan mantan Timbalan Menteri Besar Selangor itu (Dr Zainal Abdin Ahmad, yang masuk PKR pada tahun 2005, setelah digugurkan oleh Abdullah Badawai pada PRU 2004).
Pada PRU-12 lalu, semua kerusi yang bernaung dalam kawasan parlimen Ulu Selangor, seluruhnya di menangi oleh BN, 2 UMNO dan 1MCA. Majoriti kemenangan calon-calon BN itu melebihi 7,000 undi. Manakala, bagi kawasan Parlimen BN yang diwakili oleh Timbalan Presiden MIC G. Palanivel, kalah kepada Dr Zainal Abidin Ahamd dengan majoriti 198 undi.
Kawasan parlimen Ulu Selangor mempunyai pengundi berdaftar (2008) seramai 63,593 dengan pecahan 53.9% Melayu,26.7% cina,19% India dan 0.4% kaum lain.
Pada PRU-12 yang lalu BN mendapat undi 22,979 melalui G. Palanivel, manakala PKR mendapat undi 23,177 melalui Datuk Dr Zainal Abdidin Ahmad. PKR menang dengan kelebihan 198.
Berasaskan kepada data PRU-12, maka pihak Pakatan terutama parti PKR terpaksa berhati-hati memilih calon kerana sebenarnya kawasan Ulu Selangor adalah wilayah BN.
Atas sebab itu, Anwar terpaksa berjumpa dengan 11 individu yang dikatakan akan memilih kuda yang terpilih untuk berhadapan dengan Calon BN, samada daripada MIC ataupun Umno.
Anwar khuatir perbalahan antara pemimpin PKR yang ingin mencuri tumpuhan agar dipilih sebagai calon Ulu Selangor,akan mengakibatkan menipisnya peluang parti itu mempertahankan kerusi Ulu Selangor.
Bagi Pakatan PRK Ulu Selangor adalah medan yang dipercaturkan untuk menghalang memontum gerakan 1Malaysia Najib,kerana rekod 7-0 Pakatan sebelum PRK Bagan Pinang pada 3 Oktober 2009 lalu, telah terlerai melalui PRK Bagan Pinang.
Melalui PRK Bagan Pinang, bukan sahaja BN-Umno dapat mempertahankan kerusi itu melalui Isa Samad, akan tetapi juga telah terdapat trend perubahan kepada pola pengundian daripada akar umbi. Pada PRK Bagan pinang, ternyata kaum cina dan india yang dikatakan condong kepada Pakatan melalui 7 PKK sebelumnya, telah bertukar arah kepada BN-Umno.
Bagi Pakatan, PKR Ulu Selangor akan digunakan bagi membendung memontum BN-Umno, manakala BN-Umno pula, PRK Ulu Selangor akan digunakan sebagai testing ground ke-2 bagi Konsep 1Malaysia.
BN-Umno sepertimana kata Timbalan Perdana menteri Muhyiddin Yassin, tidak ketandusan calon untuk diketengahkan. BN-Umno akan meletakan calon yang diperkirakan diterima oleh rakyat dan mewakili konsep 1Malaysia.
PKR dikatakan berhadapan dengan perebutan antara beberapa individu yang berebut untuk dicalonkan, antaranya penyelaras Pakatan Zaid ibrahim, ketua MTUC Syed Shahir Syed mohamd, Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin, Bagi cabang PKR Ulu Selangor pula telah menamakan Razali Mokhtar dan Datuk Dr Halili Rahmat, selain itu kawan rapat Anwar, Khalid Jaafar dikhabarkan beria-ia sangat untuk dipilih.

No comments:
Post a Comment