Tuesday, April 20, 2010

Serangan Peribadi Kepada Zaid: Ada Implikasi Negatif Kepada BN?

Zaid Ibrahim sebelum masuk PKR dan kini penyelaras Pakatan adalah ahli Umno. Zaid juga pernah menyandang sebagai ketua Umno Bahagian Kota Bharu Kelantan. Pada tahun 2004, Zaid menang kawasan parlimen Kota Bahru sebagai calon BN.

Tahun 2008 (PRU-12) Zaid tidak bertanding, namun dilantik sebagai senator kemudian dipilih menganggotai kabinet persekutuan semasa Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri.

Disebabkan penahanan beberapa orang wakil rakyat pembangkang dan pengamal media menggunakan ISA, Zaid tidak setuju dan akhirnya dia letak jawatan sebagai menteri. Akhir tahun 2008, dia dipecat daripada Umno, setelah itu Zaid masuk PKR.

Kegemaran Zaid kepada alkohol dan kuda telah lama dan ramai para pemimpin tahu itu semua, namun faktor ini tidak menghalang Zaid sebagai pemimpin Umno.

Dua hari lalu, semasa berceramah di Hulu Selangor, Zaid mengakui bahawa dia memang sukakan alkohol, namun pada masa ini dia sudah menjauhkan diri daripada minuman memabukkan itu.

Sementara itu Azmin Ali Naib Presiden PKR mencabar mereka yang menuduh Zaid sebagai kaki botol membuktikkannya. Blogger GAP dan Pisau.Net menyiarkan satu "gambar" seolah-olah Zaid duduk di depan botol arak yang berjenama Jack Daniel, kemudian "gambar" tersebut ternyata "super impose".

Ekoran penyiaran "gambar-gambar" Zaid itu, maka bloger pro-pakatan pula menyiarkan "gambar-gambar" "super impose" juga yang menunjukkan Hishmuddin sedang memegang "tin anchor beer". isteri Hishmuddin juga memegang Tin anchor beer. Selain itu, Khairy Jamaluddin juga ditunjukkan sedang duduk di depan meja yang penuh dengan minuman arak.Gambar-gambar ini semuanya adalah "super impose @ ditokok tambah".

Bahan kempen di Hulu Selangor dipenuhi dengan masalah peribadi Zaid terutama kegemarannya kepada arak dan kuda. Namun apa kah serangan ini akan mempengaruhi pola pengundian di Hulu Selangor? Pada PRK Pematang Pauh, Anwar juga diserang habis-habisan mengunakan faktor pribadi, namun para pengundi di situ memberi undi yang cukup banyak kepada Anwar, malah majoriti Anwar lebih banyak dibanding yang diperolehi Amin Shah, calon BN.

Serangan peribadi adalah perkara memuakkkan para pengundi terutama mereka yang tahu latarbelakang calon. Tidak selamanya serangan peribadi berbaloi. Para pengundi atau rakyat lebih cenderung kepada agenda calon atau parti yang diwakilinya.

BN kali ini melalui P Kamalanathan membawa mesej 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Sementara itu, PKR membawa mesej untuk selamatkan Malaysia dan menjadikan Anwar Perdana Menteri. Jika Anwar gagal menjadi Perdana Menteri, maka Malaysia tidak akan selamat. Ini lah mesej yang dibawa oleh PKR atau Pakatan.

Para kemepener BN jangan terbawa-bawa kepada serangan peribadi, tunjukkan kepada rakyat bahawa kerjaan BN adalah kerjaan berwibawa. Tujukkan kepada Rakyat Hulu Selangor, bahawa BN adalah pembela kepada segala-galanya. Buktikan kepada para pengundi Hulu Selangor khasnya dan rakyat negara ini amnya, bahawa semua ucapan atau pengumuman BN bukan retorik, namun semuanya adalah benar belaka.

Beri tahu rakyat amnya dan para pengundi Hulu Selangor khasnya, bahawa Pakatan hanya mampu membuat janji, namun pelaksanaannya jauh ikan dari api. Beri tahu rakyat Hulu Selangor, bahawa sejak Pakatan mengambil alih Selangor, maka kadar pengangguran, pembangunan, pelaburan telah merundum. Beri tahu, jika Pakatan akan terus memerintah dan mewakili rakyat, maka slogan mereka "selamatkan Malaysia" akan menjadi "jahanam Malaysia".

No comments:

Blog Archive