Ramai peninjau membuat kesimpulan bahawa pola pengundian kali ini di PRK Ulu Selangor bukan berasas kepada parti melainkan siapa calon.
Para pengundi lebih menaruh kepercayaan kepada calon berbanding parti yang bertanding.
Tinjauan pendapat secara rambang terhadap para pengundi di Ulu Selangor ramai yang mengatakan bahawa parti yang akan bertanding samada BN atau PKR semuanya hanya mampu melontarkan berbagai janji, namun pada pengakhirnya nanti semuanya itu akan menjadi retorik.
Para pengundi masih faham bahawa kemajuan sesebuah kawasan masih terletak kepada perancangan wakil rakyatnya, visi dan komitmen seseorang wakil rakyat itu.
Pemilihan calon yang berasaskan parti, kadangkala hanya bercorak parti, terlalu tergantung kepada kelebihan dan populariti parti,namun bagi seseorang calon yang mempunyai kelebihan sendiri atas sebab rekod seseorang itu dan komitmennya terhadap para pengundinya.
Sekiranya adalah calon tidak berparti aka bebas di mana calon itu mempunyai rekod yang baik pada masa lalu terutama kepada para pengundi, ada kemungkin calon itu akan keluar sebagai pemenang.
Dalam suasana PRK di Ulu Selangor, belumpun secara rasmi kempen bermula, parti-parti yang akan bertanding sudah mula berkempen.
BN sudah tentu dengan slogan 1Malaysianya, Pakatan dengan Middle Malaysianya.
BN juga disibukkan dengan kerja-kerja penafian terutama isu APCO, PDRM disusupi perisik israel dan keterkaitan 1Malaysia dengan one Israel.
Sementara itu, BN sibuk dengan pembangkitan isu pribadi Anwar terutama kes sodomy II di mana perbicaraannya akan bersambung pada 10 Mei depan.
Isu terbaru adalah dakwaan pakar pathologi Thailand dalam kes kematian Teoh Beng Hock, pakar itu berkata dia tidak akan memberi keterangan dalam inkues itu kerana kononnya diberi tekanan politik oleh kerajaan Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz melabelkan kenyataan pakar Thailand itu sebagai PEMBOHONGAN terancang dan bermotifkan politik.
Namun apapun penafian pihak kerajaan, isu telah dilontarkan, rakyat terpaksa memerah otak mana yang boleh di percaya, dakwaan itu kah atau penjelasan atau penafian kerajaan.
Kerajaan mula dari sekarang perlu mengambil iktibar daripada semua ini. Di masa depan, apa sahaja bentuk tindakan kerajaan perlu berhati-hati, perlu telus dan jelas, agar supaya tidak menghapai situasi seperti sekarang ini.
Dalam perkembangan yang berasingan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak cuba diputar belitkan pembangkang termasuk dakwaan ia sama seperti konsep "One Israel".
Beliau berkata putar belit itu juga digunakan sebagai bahan kempen bagi mengelirukan rakyat terutama pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
"Perdana Menteri tidak pernah mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak atau syarikat perunding perhubungan awam antarabangsa mengenai gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kem Kesedaran dan Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen Bagan Datoh di sini.
Oleh yang demikian beliau berharap para pengundi di kawasan itu tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang cuba mengelirukan mereka, kata beliau yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh.
Beliau berkata gagasan 1Malaysia itu adalah untuk mencari faktor persamaan dalam semua rakyat pelbagai kaum di negara ini agar bukan lagi dikenali sebagai satu bangsa yang majmuk tetapi berbeza pendapat.
Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor itu diadakan pada 25 April ini ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac lepas, akibat barah otak.
Hari penamaan calon ialah pada Sabtu ini.
"Saya berharap pemimpin parti komponen BN memberi penjelasan dan menangkis tohmahan pembangkang dalam kempen pilihan raya nanti bagi mengenepikan kekeliruan yang sengaja diwujudkan mengenai gagasan 1Malaysia seperti yang didakwa pembangkang," kata Ahmad Zahid.
Beliau berkata firma perunding APCO Worldwide merupakan sebuah syarikat perhubungan awam antarabangsa yang dilantik kerajaan Malaysia untuk mempromosikan negara ini di peringkat dunia dalam program berbentuk pelancongan, produk komoditi serta memberi gambaran sebenar mengenai situasi ekonomi negara.

No comments:
Post a Comment