PRK Hulu Selangor serupa PRK Bagan Pinang, orang luar berkampung.
PAS telah menambah kekuatan jentera mereka kepada 7,000 orang untuk meningkatkan kempen membantu calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang tinggal tiga hari lagi.
Jumlah itu bertambah 5,000 orang berbanding dengan 2,000 petugas pada awal kempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Pengarah Operasi pilihan raya kecil PAS, Jamaludin Alias berkata, petugas itu kini ditempatkan di kesemua 47 unit peti undi di seluruh Hulu Selangor.
Menurut Jamaludin berkata, pihaknya menggiatkan pendekatan 'hati ke hati' dalam kempen yang cuma berbaki tiga hari.
Katanya, kaedah kunjungan rumah ke rumah itu lebih berkesan kali ini, berbanding dalam sewaktu pilihan raya umum.
Dalam kunjungan tersebut, tegasnya, jentera parti ditugaskan untuk menjelaskan kepentingan menghantar Zaid ke Dewan Rakyat.
"Kita tidak nafikan tiga DUN di Hulu Selangor dikuasai BN, tapi suara rakyat perlu ada di parlimen," katanya.
Jamaludin berkata, sokongan masyarakat majoriti Melayu di situ dijangka meningkat sehingga 40 peratus berbanding 27 hingga 28 peratus di Hulu Bernam, melalui kaedah tersebut. Pas terpaksa mengambil alih daripada PKR kerana jentera parti kawan mereka itu disifatkan tidak bermaya.
Jamaludin berkata, jentera PAS terpaksa mengambil alih demi semangat setiakawan parti tersebut dalam Pakatan Rakyat.Walaupun Pas mengambil alih jentera kempen "PKR masih mengetuai kempen sebab (calon parti) mereka yang bertanding. PKR mampu mengendalikan jentera mereka," katanya.
Jentera Pakatan agak kuncar kancir dan berpecah ekoran tindakan bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat keluar parti dan menyertai Umno Isnin lalu.

No comments:
Post a Comment