Ketua Angkatan Muda Keadilan [AMK] Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad mengumumkan keluar PKR hari ini.
Turut keluar parti ialah setiausaha AMK Kelantan, Muhammad Ezri Zainal Abidin.
Mereka mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar hari ini.Wan Khairul berkata, mereka bertindak demikian kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Selepas sahaja PRU-12, PKR atau Pakatan terlalu yakin akan merampas kerajaan pada PRU-13 akan datang. Keyakinan mereka itu, apabila semua 7 pilhanraya kecil (PRK) dimenangi oleh gabungan 3 parti tidak rasmi PKR-DAP-PAS. Namun selepas sahaja kerajaan Perak jatuh ke tangan BN dan PRK Bagan Pinang, memontem mereka (Pakatan) telah tersendat.
Selain itu Kes Sodomy II Anwar juga menyumbang kepada merundumnya memontem Pakatan. Ekoran diteruskannya perbicaraan Sodomy II, maka bermula babak-babak baru dalam Pakatan terutama PKR.
Para penyokong PKR berkeluaran bermula apabila ahli jawatan kuasa PKR Cabang Kuala Selangor yang mana Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan ketua cabang tersebut telah keluar beramai-ramai mengakibatkan cabang tersebut terus terbubar.
Setelah peristiwa itu, wakil rakyat PKR pula mula keluar parti kerana telah hilang kepercayaan kepada pimpinan parti. Datuk Zaharin Hashim wakil rakyat Bayan Baru memulakan sepak mula. Diikuti oleh Tan Bee Beng, Mohsin Samsuri dan kemudian oleh Zulkefli Noordin.
Pendedahan Zaharin pada 17 Mac lalu mengenai tipu muslihat Anwar mengenai Gerakan 16 September yang gagal telah membuka mata para pemimpin PKR terutama AMK.
Pendedahan Zulkefli Noordin juga yang mendakwa bahawa dia diminta untuk membuat fitnah kepada Najib dan Rosmah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Saaharibu juga membawa padah kepada parti PKR.
Ekoran kepada pendedahan-pendedahan ini, akhirnya para pemimpin PKR merasa tertipu dan dibohongi. Atas sebab itu mereka telah hilang keyakinan kepada kepimpinan Anwar Ibrahim.
Selain itu, wujudnya Firaun-firaun kecil dalam PKR, juga menyumbang kepada hilangnya kepercayaan para reformasi Anwar.
Sebelum AMK Kelantan keluar, AMK Shah Alam juga keluar. PKR juga terutama Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat, apabila doktor peribadinya dan sahabat karibnya Dr Halili Rahmat yang juga Bendahari PKR Hulu Selangor, keluar dan masuk Umno.
Melalui perkembangan semasa ini adalah dirasakan bahawa PKR nampaknya tidak releven lagi di mata para pemimpinnya dan penyokongnya. Pinjam kata-kata Dr Halili.. mereka yang tinggal dalam PKR adalah para individu yang mempunyai agenda sendiri. Kemudian meminjam kata-kata Wee Chee Keong wakil rakyat Wangsa Maju, mereka yang tinggal dalam PKR adalah firaun-firaun kecil.
Benarlah kata Salehudin Hashim mantan setiausaha Agong PKR, bahawa para pemimpin PKR dari semua peringkat secara perlahan-lahan sehingga PRU-13 akan datang akan meninggalkan parti itu.
AYT merasakan bahawa hari demi hari PKR tidak releven lagi dalam suasana politik sekarang. Sebaiknya.. Anwar perlu bubarkan parti itu agar tidak dimalukna terus menerus.

No comments:
Post a Comment